Rakyat

Tekup Kepala & Tarik Rambut Dua Kanak-Kanak Usia Setahun, Pengasuh TASKA Dipenjara

28
SHARES

Terbaharu, seorang pengasuh Taman Asuhan Kanak-Kanak (TASKA) dipenjara tujuh hari dan didenda RM32,000 oleh dua Mahkamah Sesyen berasingan. Hal ini kerana perbuatan menganiaya termasuk menekup kepala dengan plastik dan menarik rambut dua kanak-kanak berusia setahun.

Baca juga: ‘Ibu Ayah Work..’-Sebulan Bergelar Yatim Piatu, Anak Usia 3 Tahun Masih Anggap Mak Ayah Keluar Bekerja

PENGASUH TASKA DIPENJARA, TEKUP KEPALA & TARIK RAMBUT DUA KANAK-KANAK USIA SETAHUN

Siti Rosliza Mukhtar, 47, dipenjara bermula hari ini dan akan dipenjara 18 bulan, jika gagal membayar denda berkenaan.

Hukuman terbabit diputuskan oleh dua hakim, Datuk Nu’aman Mahmud Zuhudi dan Norina Zainol Abidin, selepas Siti Rosliza mengaku bersalah atas dua pertuduhan menganiaya kanak-kanak terbabit.

Mengikut pertuduhan, Siti Rosliza melakukan penganiayaan dengan menekup kepala kanak-kanak perempuan dengan plastik yang mungkin menyebabkan mangsa cedera fizikal dan emosi, di sebuah TASKA di Brickfields, 3.19 petang pada 16 November lalu.

Tertuduh juga didakwa melakukan penganiayaan dengan menarik dan mengheret tangan dengan kasar serta menarik rambut kanak-kanak lelaki, untuk mendudukkannya yang mungkin menyebabkan mangsa cedera fizikal di TASKA terbabit, pada jam 5.36 petang, tarikh sama.

SEPATUTNYA BERTANGGUNGJAWAB DAN BERHATI-HATI MENGASUH KANAK-KANAK

Foto hiasan.

Susulan itu, wanita berkenaan didakwa mengikut Seksyen 31(1)(a) Akta Kanak-Kanak 2001 dan boleh didenda maksimum RM50,000 atau penjara maksimum 20 tahun atau kedua-duanya, jika disabitkan kesalahan.

Terdahulu, Timbalan Pendakwa Raya, Abdul Khaliq Nazeri, memohon hukuman penjara dan denda dikenakan terhadap tertuduh yang bersifat pengajaran, mengambil kira faktor kepentingan awam serta menghantar isyarat jelas tiada tolak ansur terhadap kesalahan dilakukan.

“Tertuduh sepatutnya lebih bertanggungjawab dan berhati-hati ketika mengasuh kanak-kanak. Kesalahan itu jelas penganiayaan kepada kanak-kanak.

“Sebagai orang dewasa, tertuduh boleh lihat kesan dan akibat tindakannya terhadap kanak-kanak itu,” katanya.

Sumber: Berita Harian

MASAKAN TERBARU DARIPADA MYRESIPI

CERITA SENSASI DARIPADA BERITA HARIAN

To Top
SKIP THIS AD ×