Famili

‘Ibu Ayah Work..’- Sebulan Bergelar Yatim Piatu, Anak Usia 3 Tahun Masih Anggap Mak Ayah Keluar Bekerja

549
SHARES

Sangat meruntun hati apabila kanak-kanak perempuan yang dikenali sebagai Aulia Izzatunnisa Mohd Izwan, 3 tahun, dari Felda Lok Heng Selatan sayu apabila dia masih belum memahami bahawa ibu ba­panya telah meninggal dunia sejak sebulan lalu dan hanya menganggap mereka pergi kerja.

Baca juga: Tiga Beradik Maut Terkena Renjatan Elektrik Rumah Dilanda Banjir

‘IBU AYAH WORK…’ ANAK USIA 3 TAHUN MASIH BELUM FAHAM IBU BAPANYA DAH MENINGGAL DUNIA

Kanak-kanak tersebut yang merupakan anak kepada Saidatul Khadijah Mohd. Shahridin dan Muhammad Izwan Mansor telah meninggal dunia selepas terlibat dalam nahas di Kilometer 46 Jalan Johor Bahru-Mersing bulan lalu.

Pasangan itu maut ketika dalam perjalanan pulang selepas membuang undi pada Pilihan Raya Umum Ke-15 lalu.

Nenek kanak-kanak itu, Absah Abdullah, 61, berkata, cucunya masih menganggap ketiadaan ibu bapanya di rumah adalah di­sebabkan mereka keluar bekerja.

Katanya, tambahan pula sebelum ini ibu bapanya memang jarang bertemu kerana arwah menantunya, Muhammad Izwan sedang mengikuti pengajian jarak jauh di peringkat ijazah sarjana dan hanya dapat bersama ketika cuti panjang.

“Kami cuba jelaskan kepada­nya tetapi dia masih budak lagi dan mungkin tidak mengerti apa yang terjadi kepada ibu bapanya.

“Dia hanya sebut ibu dan ayah work sedangkan kedua mereka telah menghadap Ilahi. Kami juga dapat lihat kesayuan di sebalik wajahnya bila melihat sepupu­nya yang lain bermanja dengan ibu bapa masing-masing,” katanya.

Keluarga itu ditemui ketika menerima kunjungan Menteri Pendidikan Tinggi merangkap Ahli Parlimen Kota Tinggi, Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin untuk menyerahkan sumbangan. Hadir sama ialah wakil Universiti Teknikal Malaysia Melaka yang menyerahkan sumbangan kepada waris Mohd Izwan selaku alumni.

Gambar hiasan.

Pasangan itu maut apabila kereta Perodua Alza yang mereka naiki bertembung dengan sebuah trak pikap jenis Toyota Hilux. Ketika itu Aulia Izzatunniza turut berada dalam kereta, namun hanya cedera.

Ujar Absah, ketika ini cucunya itu tinggal bersamanya dan me­nganggap ia adalah amanah yang perlu dijaga dengan penuh kasih sayang. Tambahnya, dalam kejadian itu kaki kanan cucunya retak dan perlu disimen, namun kini beransur baik.

“Allah lindungi Aulia kerana ketika kejadian dia berada di pangkuan ibunya. Dia dirawat selama tiga hari di hospital sebelum dibenarkan balik.

“Awalnya memang dia tidak boleh berjalan sendiri kerana kakinya yang bersimen dan perlu dibantu. Doktor sarankan begitu agar membantu proses penyembuhannya,” katanya.

Sumber: Kosmo

MASAKAN TERBARU DARIPADA MYRESIPI

CERITA SENSASI DARIPADA BERITA HARIAN

To Top
SKIP THIS AD ×