Rakyat

Tiga Beradik Maut Terkena Renjatan Elektrik Rumah Dilanda Banjir

14
SHARES

Berikutan banyak insiden banjir yang menyayat hati, terbaharu, tiga beradik perempuan maut dipercayai akibat terkena renjatan elektrik di luar rumah mereka yang dilanda banjir di Kampung Bendang Surau, Morak, Tumpat Kelantan pagi tadi.

Baca juga: Awas! 8 Negeri Ini Berisiko Hadapi Banjir Kilat Dalam Tempoh 24 Jam

TIGA BERADIK MAUT TERKENA RENJATAN ELEKTRIK RUMAH DILANDA BANJIR

Memetik laporan Berita Harian, kesemua mangsa berusia di antara 20 hingga 27 tahun meninggal dunia di lokasi kejadian itu, kira-kira 11.45 pagi.

Difahamkan, seorang daripada mangsa terkena renjatan elektrik selepas memegang tiang rumah sebelum terkena pula kepada dua adiknya yang turut berada di hadapan rumah. Menurut sumber, salah seorang daripada mangsa merupakan guru Pusat Asuhan Tunas Islam (Pasti).

Ahli keluarga mangsa, Mohd Amin Mohd Nazir, 25, ketika ditemui mengesahkan kejadian itu.

Keadaan banjir di kawasan sekitar Bandar Baru Tunjong, Kelantan ini berlaku setelah hujan lebat turun lebih dari 24 jam. Orang ramai dinasihatkan untuk bersiap sedia dengan sebarang kemungkinan melibatkan banjir.

Sumber: Berita Harian

MASAKAN TERBARU DARIPADA MYRESIPI

CERITA SENSASI DARIPADA BERITA HARIAN

To Top
SKIP THIS AD ×