Rakyat

Tarik Dan Seret Anak Autisme Di Kaki Lima Sekolah, Guru Ini Dipecat!

1.6K
SHARES

Tindakan kejam dan tidak berperikemanusiaan guru menyeret seorang kanak-kanak autisme di sepanjang kaki lima sebuah sekolah telah menyebabkan dia dipecat! Bukan sahaja dipecat, guru ini juga berdepan dengan pertuduhan jenayah. Kenapa kejam sangat?

Menyeret di hadapan rakan sekelas

Guru yang dikenali sebagai Trina Abrams telah bertindak menyeret Alan Nelson di sepanjang kaki lima sambil disaksikan oleh rakan-rakan sekelas Alan. Tindakan kejam ini disaksikan melalui satu rakaman CCTV yang terdapat di sekolah di Kentucky, Amerika Syarikat (AS).

Angel Nelson, ibu kepada anak autisme tersebut terkejut dengan rakaman kejadian dan berasa amat sedih apabila anak kesayangannya diperlakukan sebegitu.

“Hancur hati saya bila melihat vidoe tersebut. Saya tengok rakan-rakan sekelas dan rakan-rakannya yang berdiri di tepi dinding memerhatikannya dia diseret.”

Menurut Angel lagi, guru itu telah menarik lengan anaknya, memusingkan dan menariknya dari kerusi sebelum menyeret di sepanjang kaki lima.

Alan bukan sahaja menghidap austisme

Menurut Angel, anaknya bukan sahaja mengidap austisme, malah mengalami tekanan dan kemurungan, ADHD iaitu gangguan kurang daya tumpuan dan hiperaktif atau lebih dikenali Attention Deficit Hyperactivity Disoder dan juga mengalami gangguan tekanan selepas trauma (PTSD).

Untuk pengetahuan anda, selepas kes ini ibu mangsa telah memindahkan Alan dari Sekolah Rendah Wurtland ke sekolah lain. Kejadian ini berlaku pada 24 Oktober lalu.

Guru tersebut juga telah didakwa dan akan dihadapkan ke mahkamah kerana melakukan serangan terhadap mangsa berumur bawah 12 tahun.

Jadikan pengajaran

Semoga insiden ini menjadi pengajaran kepada semua guru supaya sentiasa bersabar dalam mendidik anak-anak istimewa ini. Didiklah anak istimewa ini dengan penuh kasih sayang kerana mereka juga mempunyai hati dan perasaan yang perlu dijaga.

Sumber: Mstar

MASAKAN TERBARU DARIPADA MYRESIPI

CERITA SENSASI DARIPADA BERITA HARIAN

To Top
SKIP THIS AD ×