Rakyat

Cara Mohon Penangguhan Khas Bayaran PTPTN Selama 3 Bulan Secara Online

2
SHARES

Baru-baru ini Perdana Menteri telah mengumumkan satu lagi pakej bantuan khas untuk rakyat. Pakej bantuan khas ini diumumkan berikutan peningkatan kes Covid-19 yang memaksa kerajaan untuk melaksanakan Perintah Kawalan Pergerakan buat kali kedua untuk rakyat Malaysia.

Berikutan perintah ini, ramai dalam kalangan rakyat yang pastinya akan terjejas dari sudut ekonomi. Salah satu bantuan dan pengecualian yang diumumkan adalah pengangguhan kas bayaran pinjaman PTPTN selama 3 bulan. Buat anda yang layak, berikut merupakan cara untuk mohon penagguhan bayaran bagi tahun 2021.

Cara Mohon Penangguhan Khas Bayaran Pinjaman PTPTN

1. Semak penyata pinjaman dengan login masuk di link di bawah.

https://www.ptptn.gov.my/semakanpinjaman/

2. Jika tidak ingat password, message kami untuk reset semula dan kemaskini email baru. *klik lupa kata laluan, password sementara akan diberi di email yang baru kemaskini.

3. Selepas dah login masuk, cari semak penyata baki pinjaman.

4. Skrol ke bawah dan anda akan nampak no pinjaman anda.

5. Simpan No Pinjaman anda untuk permohonan penangguhan Bayaran Balik.

6. Isi permohonan penangguhan anda di link bawah dengan masukkan no ic serta no pinjaman. https://www.ptptn.gov.my/PenangguhanKhasBayaranBalik/#

Bukan itu sahaja, anda juga boleh message di FB SSPN-i Plus PTPTN dan bertanyakan terus No Pinjaman kepada pihak pengurusan. Mereka akan bantu secepat mungkin: https://sspniplus.com.my/hubungi-kami/

Sumber: SSPN-i Plus

MASAKAN TERBARU DARIPADA MYRESIPI

CERITA SENSASI DARIPADA BERITA HARIAN

To Top
SKIP THIS AD ×