Famili

Perut Tiba-Tiba Membesar & Bila Check Doktor Cakap Tak Ada Apa, Rupa-Rupanya…

35
SHARES

Tidak mengandung tapi perut secara tiba-tiba membesar, itulah yang dialami oleh seorang pesakit Major Depressive Disorder with Pyschsosis and Borderline dikenali sebagai Elhaslina. Kisah ini telah dikongsi menerusi dua buah video yang dimuat naik di laman TikTok dan meraih perhatian warganet. Tidak disangka bahawa perut yang membesar tersebut adalah gara-gara perbuatan sihir!

Baca juga: Wanita Ini Sebak Pernah Gugur 6 Kali, Disyaki Buah Pinggang Bocor & Hidap Kencing Manis

PERUT BESAR BUKAN SEBAB MENGANDUNG, SEBAB GANGGUAN HALUS

Menerusi video pendek yang dikongsi, wanita cekal ini menceritakan dia sama sekali tidak mengandung namun, perutnya dilihat semakin membesar. Wanita ini yakin ‘benda’ tersebut merupakan gangguan makhluk halus dan turut akui berasa sakit.

Perut besar sebab mengandung tidak, gangguan makhluk halus ya.

Pujuk hati mungkin ada sebab lain. Tapi memang yakin ini semua gangguan.

Ujar wanita ini, selepas pulang daripada mendapatkan perubatan Islam dia bertindak ke klinik bagi memeriksa keadaan rahimnya. Bagaimanapun, doktor menjelaskan rahimnya berada dalam keadaan yang normal.

@elhaslina_

Allah sayang. Allah sayang. #mentalhealthawareness #bukanpregnant

♬ Cinta Sampai Mati (Teaser) – Raffa Affar

El pun tak pasti busung (gembung perut kerana penyakit) ke tidak.

@elhaslina_

Reply to @aynaciken Semoga kakak awak kuat dan sembuh ya! #mentalhealthawareness

♬ original sound – Alzera Geny Netriana – Alzera Geny Netriana

“CEPAT-CEPAT PERUBATAN ISLAM…”

Walaupun diuji wanita ini akur dengan apa yang telah terjadi dan menjelaskan keadaannya semakin pulih. Menjengah ke ruangan komen, rata-rata netizen sempat menitipkan doa buat wanita ini supaya terus cekal dan mendapatkan pertolongan daripada ‘pakar’.

El dah reda dan sekarang dah makin ok. Sebab tu El boleh share dekat sini.

Terdahulu, wanita ini mengaku mempunyai seorang ‘rakan’ bernama Amanda (orang lain tak nampak) ketika menjalani penggambaran di set TV3 untuk rancangan Nona.

Sumber: Tiktok @elhaslina_

MASAKAN TERBARU DARIPADA MYRESIPI

CERITA SENSASI DARIPADA BERITA HARIAN

To Top
SKIP THIS AD ×