Sihat

Seorang Ibu Positif Covid Di Singapura Lahirkan Bayi Dengan Antibodi Covid-19!

11
SHARES

Jika sebelum ini kita mendengar kes dimana ibu hamil yang positif dengan jangkitan Covid-19 sebenarnya boleh memindahkan wabak tersebut kepada kandungan. Ini menjadikan bayi dalam kandungan turut akan menjangkiti wabak yang sama selepas dilahirkan.

Namun, terbaharu di Singapura dimana seorang ibu yang telah positif Covid-19 melahirkan bayi yang bebas dari jangkitan wabak tersebut! Ini sesuatu yang luar biasa dan memberikan sinar baharu buat orang ramai.

BAYI LAHIR DENGAN ANTIBODI, BEBAS COVID-19

Seorang wanita di Singapura yang dijangkiti COVID-19 pada Mac lalu ketika hamil, selamat melahirkan bayinya bulan ini.Bayi itu bebas COVID-19 dan dilaporkan mempunyai antibodi terhadap virus berkenaan, sekali gus memberi petunjuk baharu tentang status jangkitan daripada ibu kepada kandungannya.

Menurut laporan dari Straits Times, doktor mengesyaki bahawa wanita tersebut telah memindahkan antibodinya kepada bayi  semasa mengandung . Wanita yang dikenali sebagai Celine Ng-Chan, dirawat di hospital selama hampir tiga minggu ketika dijangkiti COVID-19.

Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) sebelum ini memaklumkan belum ada bukti wanita hamil yang dijangkiti COVID-19 boleh menyebarkan virus itu kepada bayinya semasa mengandung atau semasa melahirkan.

Sehingga kini, belum ada virus aktif dijumpai dalam sampel cecair berhampiran bayi dalam rahim atau dalam susu ibu. Doktor di Pusat Perubatan Irving New York-Presbyterian dan Columbia University sebelum ini melaporkan jangkitan COVID-19 dari ibu ke bayi baru lahir jarang berlaku, seperti yang dicatatkan dalam jurnal JAMA Pediatrics edisi Oktober.

Sumber:  Astro Awani

MASAKAN TERBARU DARIPADA MYRESIPI

CERITA SENSASI DARIPADA BERITA HARIAN

To Top
SKIP THIS AD ×