Rakyat

Positif Tapi Tiada Panggilan KKM? Ini Senarai Pusat CAC Kuarantin Negeri Anda Boleh Hubungi

35
SHARES

Kementerian Kesihatan telah menubuhkan 213 Pusat Penilaian Covid-19 (CAC) di seluruh negara yang akan membantu menguruskan pesakit Covid-19 yang menjalani rawatan di rumah. Menteri Kesihatan Datuk Seri Dr Adham Baba berkata CAC atau Covid Assessment Center akan mengklasifikasikan tahap pesakit, termasuk menentukan sama ada mereka dibenarkan untuk dirawat di rumah mereka.

CAC akan mengenal pasti pesakit yang sesuai untuk dipantau di rumah. Bukan itu sahaja, kakitangan CAC kemudian akan memantau dan menilai kemajuan pesakit di rumah mereka menggunakan Alat Penilaian Rumah (HAT). Tapi, dekat mana ada pusat CAC ini?

ANDA POSITIF COVID-19 TAPI MASIH MENUNGGU CALL?

Anda positif? Tapi tak dipanggil-panggil oleh Pejabat Kesihatan Daerah? Mereka mungkin mengalami beban yang tinggi. Sekarang dah mudah. Tidak lagi perlu berhari-hari untuk menunggu call. Hanya perlu datang ke CAC. Anda akan dikuarantinkan terus dari sana. Mereka akan melihat tahap kesihatan anda dan kesesuaian untuk pemilihan tempat kuarantin. Call dulu sebelum datang. Boleh share info ini pada mereka yang mencari jawapan. Ingat, Kita jaga kita.

1.CAC WILAYAH PERSEKUTUAN KUALA LUMPUR & PUTRAJAYA

2.CAC JOHOR

3.CAC KESANG TUA DAERAH JASIN

Daripada 213 CAC yang ditubuhkan, 40 daripadanya berada di Sarawak, 30 di Pulau Pinang, Sabah (25), Selangor (19), Kelantan (14), Terengganu (13); 11 masing-masing di Perlis, Kedah, Perak, Pahang; 10 di Johor; tujuh di Negri Sembilan; masing-masing lima di Melaka, Kuala Lumpur dan Putrajaya; dan tidak ada pusat di Labuan.

4.CAC MELAKA

5.CAC SELANGOR

6. GUNA MYSEJAHTERA

Setiap CAC di peringkat daerah diketuai oleh seorang penyelaras. Orang yang mempunyai keperluan hanya boleh menghubungi CAC melalui nombor telefon yang diberikan oleh pejabat kesihatan daerah (PKD) masing-masing.

*Senarai akan dikemaskini dari semasa ke semasa.

Sumber: Public Health, The Star

MASAKAN TERBARU DARIPADA MYRESIPI

CERITA SENSASI DARIPADA BERITA HARIAN

To Top
SKIP THIS AD ×