40 Minggu

Kenangan Jadi Bekas Pesakit Covid-19 Stage 5 Ketika Hamil 5 Bulan…

107
SHARES

Saban hari, kita dapat lihat peningkatan kes jangkitan Covid-19 bukan sahaja terhadap warga emas, malah ibu hamil juga berada dalam golongan berisiko. Oleh itu, amat penting untuk ibu-ibu semua mengambil suntikan vaksin apabila usia kandungan sudah mencapai 14 minggu hingga 33 minggu.

Seperti kisah yang dikongsikan oleh wanita ini dimana dia merupakan bekas pesakit Covid-19 Stage 5 dan sedang hamil usia kandungan 5 bulan. Seperti yang kita tahu, kita baru sahaja kehilangan penyanyi terkenal, Allahyarham Siti Sarah Raisuddin yang pernah berada di situasi yang sama seperti apa yang dikongsikan wanita ini. Jadi, ini kisahnya sebagai seorang ‘Covid Survivor’ yang masih hamil.

Baca juga: Jangan Takut, Pakar Kongsi ‘Timing’ Betul Untuk Ibu Hamil Cucuk Vaksin

Kenangan Bekas Pesakit Covid19 Yang Mengandung 5 bulan Stage 5

23/7/2021 – 8/8/2021

23Hb disahkan positif.. walaupun tak ada simptom..doktor suruh pakai gelang.. kurantin kat rumah..

24hb.. Masa kurantin kat rumah 2 hari.. anak-anak takkan faham kena jauh dari umi dia.. walaupun dah asing bilik. tetap juga dorg datang tidur dengan kita. Tunggu umi dia bangun layan dorang.. masa ni dah start batuk la, seram sejuk.. asyik berselubung dalam toto yangg paling tebal. Lega demam tu kejap jek.. pastu dia datang balik.. memang anak terbiar la masa tu.. nasib ada suami yang baik..

25hb..

Tidur tak kena. duduk tak kena.. buat apa semua tak kena.. makan dua suap rasa penat dia melampau. Sampaikan nak basuh tangan penat macam apa jek..Masa ni bincang dengan suami, ada baik biar ayg ke hospital.. kita tak tau kalau oksigen takde dalam badan, dengan batuk tambah teruk.. sian pulak baby dalam perut. Sakit agaknya bila umi batuk macam nak mati.. Nampak la suami dah sedih.. dia call juga ambulan.. sebab fikir dua nyawa.. pujuk suami.. Insyallah ayg kuat tuk family kita.. Bila ambulan sampai.. benda paling sedih tak dapat peluk cium anak-anak.. sebab deria bau memang dah tak ada. Masa naik ambulan.. anak-anak macam pelik je tengok.. Alhamdulillah dorang tak nangis.. mungkin tau umi dia memang tak sihat kan.. Masuk ambulan.. MA cek nadi oksigen semua.. oksigen masih ok ya masa ni.. nadi dengan jantung je.. Masyallah.. Laju sangat.. Terus ambulan pecut pergi hospital.

Sampai hospital.. bahagian kecemasan covid19.. Allahu.. terlalu ramai orang yang tunggu untuk gas oksigen.. semuanya..
Oleh kerana umi ni pregnant.. umi dibawa masuk ke khemah yang tidak bercampur dengan lelaki..Bila cek punya cek.. paru-paru di suspek ada kuman.. patut la batuk macam apa je.. so buat XRay apa semua.. terus di hantar ke wad lama A-1..

26hb..

Fikir diri kuat.. nak pergi toilet sendiri.. mandi apa semua. Tak sedar pulak masa ni oksigen dah nak drop, batuk teruk.. berkahak warna merah.. Allahu.. tuhan je tau masa tu.. Datang doktor cek spo² atau oksigen dalam badan.. dah turun ke 89%..masa ni nurse call suami.. bersedia la dengan sebarang kemungkinan. Padahal masa ni dorang transfer umi ke wad baru. Wad Covid-19.. pemantauan depan mata doktor.. suami dah nangis dah.. mak call pun dah nangis. umi soal dorang.. kenapa mesti nak nangis.. umi hidup lagi.. ok lagi.. cuma nak amik oksigen je kat wad lain..Jangan la nangis.. kita nak berjuang ni.

DOKTOR SURUH TIDUR MENIARAP, OKSIGEN TAK SAMPAI PARU-PARU

Sampai wad baru tu.. duk kat bilik 4 org dulu..pasang oksigen. Tapi oksigen masih tak cantik.. dorang suruh tidur meniarap, tapi tak boleh sebab kita ada baby dalam perut.. kesian baby terhimpit. Dengan laju nurse nama kak senah suh tukar p ke bilik yang betul depan dengan doktor bertugas. Pesan dia sampai sekarang ingat lagi.. kau kena kuat.. kau kena berjuang.. fikirkan baby.. lupakan segala benda kat luar tu.. Akak sayang kau.. akak nak kau bangkit.. Sihat demi baby.. Masa ni memang mata kuyu.. tapi semangat angkat tangan.. bagitau.. pasti bangkit kak.. pastu tidur… penat agaknya di tolak sana sini.

Next day..Oksigen still tak sampai ke paru-paru. Doktor kat wad discuss dengan doktor bius solutions yang perlu untuk wanita mengandung ni.. masa ni macam dah gegar dah jantung. Adakah aku akan ditidurkan.. adakah aku tak berjumpa lagi dengan semua.. Ya Allah… tengok tak permainan Covid-19 ni.. dia main emosi kita wey…

Nurse sibuk dah pasang tiub kencing dgn pampers. Doktor datang bagitau.. awak dari stage 2 ke stage 5 sekarang ni.. Masa ni macam blurr.. Tak nak pikir apa dah.. pikir nak sihat. Doktor pun tunjuk mesin booster oksigen.. Masa ni termenung gak, doktor terus tepuk. Kami takkan tidurkan awak.. mesin ni tuk booster oksigen terus ke paru-paru awak.. jadinya macam nak bagi cepat sampai la oksigen tu.. owhhh.. ok baru Faham..

Memang masa pakai oksigen ni.. nama dia C-PAP.. Tak terasa langsung udara luar.. memang grip abis kat mulut dengan hidung. Time ni gak dah on antibiotik.. masa ni berdoa moga kuman dalam paru-paru hilang.. sebab bila batuk buang kahak ada kemerahan… masa ni pun tawakal je la. Pengalaman pakai C-PAP oksigen ni.. Allahuakbar.. Rimas memang rimas tapi sabar je.. Pastu kan bila tertidur pakai oksigen ni rasa macam ada dua orang je.. mcm split person dengan diri sendiri.. emosi..

Rasa mcm aku hidup lagi ke.. aku pakai benda ni ke? Aku ke yang sedut oksigen ni.. bukan orang lain tadi ke.. Bila nurse nampak kita meracau.. dia datang tepuk.. Jangan meracau…fokus nak sihat ya.. Terus zikir je sambil tengok keadaan sekeliling.. Alhamdulillah.. pakai oksigen full face tu cuma dua hari je.. dah boleh pakai oksigen yang mcm ambil gas jek.. masih lagi di wad pemantauan depan mata doktor.. masa ni tau tidur je. Bangun pun nurse kejut untuk makan.. Pas makan tidur balik.. Rasa mcm penat berlari 100 meter.. tak tau penat apa.. nak video call anak-anak pun memang tak terdaya.. pendek kata kat hospital terpaksa lupakan orang tersayang.. demi anak dalam perut dan diri sendiri..

Setelah didapati diri dah mula menunjukkan perubahan yang baik.. Doktor tukar pulak kita ke ruangan sebelah. Masih juga dipantau depan mata doktor. Masa ni kita minta la buka tiub kencing.. dengan pampers.. nak cuba berjalan ke tandas sendiri.. Alhamdulillah diizinkan.. tapi kena tau control nafas.. sebab masih bergantung pada oksigen.. serius cakap.. kalau bukak oksigen tu memula ok.. kalau da lama ke toilet mcm mengelupur cari oksigen.. so buat apa kena cepat.. end up. Bila rasa nak mandi.. minta nurse tolong mandikan.. nurse pun seronok siram-siram kita atas katil. Masa dia siram tu.. Allahuakbar nikmatnya air ni Ya Allah… setelah seminggu tak mandi..

Lalui hari seterusnya dengan oksigen paras 8.. diturunkan kepada 5. Masa ni tidur pakai oksigen pun terbuka.. Allahu.. Nasib la ok.. tak mencungap.. Masa ni dah tukar oksigen hidung je.. so senang la nak makan kalau pakai oksigen pun.. Antibiotik pun dah off masa ni.. Dan baru tersedar yang dah duk hospital selama 12 hari..

Hari ke 11 ni dah main emosi rindu anak-anak dan suami.. Pagi tanya doktor bila boleh balik.. Doktor cakap tunggu result darah nadi.. Darah nadi ni setiap hari ya akan diambil.. Sakit dia.. Allah je yang tau.. Lebih rela la amik darah lain.. Nak ke tak nak kena je serah tangan setiap hari.. Ubat lak time ni just air garam dengan ubat cair kahak je.. oksigen di turunkan paras 2 je..

Hari ke 12. .

Bangun pagi tengok oksigen dah off.. Alhamdulillah.. Kita belajar bernafas sendiri lak.. Nafas memang pendek la citer dia.. kena selalu exercises paru2 pakai alat dia.. Batuk still ada tapi tidak la keras masa awal kena sakit tu.. Masa ni memang da meronta nak balik.. rindu betul dah kat anak2.. Video call pun boleh nangis tengok anak-anak.. Tanya doktor.. tanya nurse.. bila boleh balik.. semua jawab tak pasti bila boleh balik.. kecewanya… tapi sabar jugak…

TIDAK SEMUDAH ITU IBU HAMIL BOLEH BALIK…

Hari 13..

Bangun pagi nangis.. nak balik.. puas doktor dgn nurse pujuk.. tapi nak buat macam mana memang dah betul emosi rindu anak2.. Dekat dua minggu tak peluk cium anak.. emosi umi terganggu betul.. doktor cakap tggu result darah petang.. sampai ke petang doktor x muncul kembali. Masa ni ubat cuma tinggal cair kahak je.. so memang yakin la boleh balik..tapi nurse cakap kalau part ibu mengandung ni tidak semudah itu untuk balik.. kena pantau sampai doktor puas ati.. paling lama duk spital dekat sebulan..

Last Day…

Pelik.. Tak de doktor amik darah nadi.. cuma makan ubat cair kahak je.. tanya lagi doktor bila leh balik.. doktor still cakap tak pasti.. kita terus macam.. ok la.. nak buat macam mana kan.. tak boleh balik.. sambung je aktiviti biasa.. makan tidur dan layan movie.. pastu masa makan tengah hari ada satu nurse ni nama Kak Senah.. nurse yang sambut kita memula sampai ke wad pemantau doktor.. dia ni happy go lucky.. mulut bising tapi baik.. dia la yang tepuk kita masa meracau pakai oksigen.. dia yang cakap akak nak kau sihat.. fokus nak sihat.. jangan fikir yang lain.. fikir anak dalam perut kau.. Akak tak nak kau balik jadi mayat.. masa ni terdiam.. insyallah kak.. owang kuat.. alhamdulillah last day dia masih jumpa kita yang betul drop awal masuk wad,sihat walafiat dah.. Kak senah minta nombor.. Sebab saja nak share.. Pastu kita cakap dengan kak senah.. tolong ar tgok kan file kita.. ok ke tak.. bila leh balik.. dia cakap ok nanti dia tanya doktor sekali.. Dia pun kuar.. kita sambung tidur..

Tup tup dapat whatsapp.. dik.. kau dah boleh keluar dik.. tak sempat kita nak amik gambar.. Masa tu dah nak melompat atas katil.. tapi tahan.. sbb takut la tak betul kan.. x lama pastu MA call.. dia cakap standby kak.. dah boleh balik.. siapa ambil.. nombor flat kereta semua bagi sy.. Ya Allah… Masa tu Allah je tau.. satu perasaan rindu tu macam mana.. Berdebar nak jumpa suami dengan anak-anak..

Kenangan naik ambulans.

Call suami suruh bawak gun sanitizer.. suh datang tepat jam 5. Pukul 5 Laki sampai.. bagitau nurse.. nurse amik surat dengan wheel chair..hantar kita sampai parking.. Mekasih misi.. anak2-anak dah menjerit nangis tengok umi dia.. tapi umi dia kena sembur habis- habisan dulu sebelum masuk keta.. Alhamdulillah.. Dapat pulang dengan sihat..cuma kita alami post covid la.. orang cakap kesan selepas kena Covid19 . Nafas pendek..Batuk still ada lagi cuma tak keras. Penat.. kalau buat kerja sikit penat..

Ada yang kata lepas 3 bulan baru ok..Tak apa la.. kita redha je.. cukup lah Allah bagi peluang kedua untuk bersama anak-anak, suami dan keluarga..Semoga menjadi kenangan dalam hidup sendiri..Kepada yang baca.. kalau anda di takdirkan terkena wabak ini.. sabar.. tabah dan redha.. Lawan selagi boleh.. fokus nak sihat.. jangan ikut emosi wabak ni..Insyallah.. Boleh..

Sumber: Noor Sharini

MASAKAN TERBARU DARIPADA MYRESIPI

CERITA SENSASI DARIPADA BERITA HARIAN

To Top
SKIP THIS AD ×