40 Minggu

Jangan Takut, Pakar Kongsi ‘Timing’ Betul Untuk Ibu Hamil Cucuk Vaksin

1K
SHARES

Sejak kebelakangan ini, kita digemparkan dengan kes kematian yang begitu banyak dan ini juga melibatkan golongan ibu hamil. Mungkin anda tidak sedar, tetapi golongan ibu hamil adalah termasuk dalam golongan berisiko seperti kanak-kanak dan warga emas.

Masih ramai dalam kalangan ibu hamil yang teragak-agak dalam pengambilan vaksinasi adalah kerana keliru dengan mengenai bila usia kandungan yang sesuai untuk mengambil suntikan vaksin. Bukan itu sahaja, ada juga yang risau adakah akan ada kesan sampingan terhadap kandungan selepas proses vaksinasi?

Baca juga: Pendaftaran Vaksin Untuk Kanak-Kanak & Remaja Dibuka, Ini Cara Daftar 

BILA TIMING BETUL CUCUK VAKSIN IBU HAMIL?

Berikut merupakan perkongsian penting dari Pakar Perubatan Reproduktif & Pakar Perunding Obstetrik dan Genikologi, Dr. Murizah Mohd Zain tentang segala persoalan mengenai suntikan vaksin kepada ibu hamil. Jangan risau ya!

Ramai yang bertanya saya tentang timing vaccination pada wanita hamil. Kenapa selepas 14 minggu kehamilan? Kenapa sehingga 33 minggu? Berikut adalah beberapa fakta:

1. Trimester pertama iaitu sehingga 13 minggu kehamilan ialah peringkat organogenesis iaitu peringkat pembentukan organ-organ bayi. Kita sangat berhati hati dalam memberi ubat-ubat pada fasa ini kerana tidak mahu mengganggu pembentukan bayi.

2. Vaksinasi covid 19 adalah selamat. Setakat data yang ada dari USA, tidak ada yang menunjukkan vaksin boleh menyebabkan keguguran atau kecacatan pada bayi.

3. Jangkitan covid 19 yang teruk lebih sering terjadi pada pertengahan ke hujung trimester ke 2 dan trimester ke 3

4. Jika kita berada pada situasi di mana Covid masih aman, seseorang wanita itu boleh memilih utk vaksin selepas usia kehamilan melebihi 12 minggu

5. Namun jika wanita berada di negeri yang jangkitan Covid 19 berada pada tahap yg kritikal, mereka boleh memilih utk diberikan vaksin secepat mungkin.

Untuk rakyat negeri kesayangan saya, Kedah Darul Aman yang covid 19 tengah mencanak dan bakal menduduki tangga ke 2 di malaysia, saya menyarankan semua wanita hamil jangan takut. Ambil sahaja vaksin tanpa mengira trimester. Anda sudah tergolong sebagai kumpulan berisiko tinggi.

IBU HAMIL DAN MENYUSU BOLEH SUNTIK TIGA JENIS VAKSIN

Panduan terkini vaksinasi C19 untuk ibu mengandung dan ibu menyusu untuk ketiga-tiga vaksin yang disediakan kerajaan. Lega rasanya sudah boleh. Kini ibu mengandung dan menyusu juga boleh mendapat manfaat daripada vaksin.

Jadi, untuk ibu hamil di luar sana yang masih belum mengambil suntikan vaksi, segeralah ambil perlindungan ini dan boleh hadir ke mana-mana pusat PPV secara walk-in.

Sumber: Dr. Murizah Mohd Zain

MASAKAN TERBARU DARIPADA MYRESIPI

CERITA SENSASI DARIPADA BERITA HARIAN

To Top
SKIP THIS AD ×