Famili

7 Tanda Perempuan Tawar Hati Yang Ramai Lelaki Tak ‘Alert’. Nak ‘Move On’ Atau Pujuk?

73
SHARES
tanda perempuan tawar hati

Apa tanda perempuan tawar hati?

Hmm… Memang sukar untuk ditelan bila cinta tak terbalas.

Walaupun perempuan mungkin sukar nak berterus terang dan meluahkan isi hati, lelaki selalunya boleh tahu tanda perempuan tawar hati melalu tindakan dan perbuatan.

Tak susah pun sebenarnya nak baca isi hati perempuan. Cuma antara mahu terima kenyataan atau tidak saja.

Ini antara tanda perempuan tawar hati yang ramai lelaki tak ‘alert’.

7 Tanda Perempuan Tawar Hati

1. Banyak Berdiam

Perempuan biasanya memang banyak cakap, suka membebel dan bercerita.

Tapi lelaki jangan salah anggap sebab ini salah satu cara perempuan meluahkan rasa dan berkongsi perasaan.

Apa yang lelaki kena risau ialah bila perempuan tu lebih banyak DIAM berbanding biasa.

Jawab pun sepatah dua saja. Bila ditanya pula, dia asyik berdalih.

Perbualan yang dulu boleh sampai berjam-jam sekarang dah jadi singkat. Pulak tu asyik nak cepat balik bila keluar bersama.

Ya, mungkin dia ada masalah lain yang anda tak tahu.

Tapi inilah antara petanda seorang perempuan dah mula tawar hati dengan anda.

Aku bosan dan malas tinggal serumah dengan mertua

2. Kena ‘Friendzone’

Antara tanda awal perempuan mula nak ‘friendzone’ seseorang lelaki ialah dia akan mula panggil anda sebagai kawannya.

Dia juga akan mula perkenalkan kita sebagai kawan kepada keluarga dan sahabatnya.

Sesetengah lelaki tersalah anggap dan merasakan ia adalah sesuatu yang ‘istimewa’ tanpa disedari ia adalah tanda sebaliknya.

Ia juga salah satu cara untuk perempuan beritahu yang dia tak berminat lagi untuk teruskan hubungan tanpa perlu berterus terang dan sakiti hati kita.

3. Cepat Bosan

Memandangkan dia dah tawar hati, perempuan lebih cenderung menjauhkan diri dan mula berasa bosan untuk berbual dengan kita.

Dia tak lagi berasa teruja bila dapat panggilan atau mesej dari kita dan akan mula buat alasan untuk mengelak untuk diajak berbual.

Jadi, dia hanya akan layan bila dia ada masa.

Dah bosanlah tu!

tanda perempuan tawar hati

4. Penampilan Tak Dijaga

Perempuan sangat menjaga penampilan, lebih-lebih lagi bila bertemu dengan orang yang disukai.

Bila mula-mula baru kenal, bukan main cantik dan wangi bila keluar kan?

Tapi antara tanda perempuan tawar hati ialah dia dah tak ada usaha langsung nak berdandan bila berjumpa dengan kita secara tiba-tiba.

Mungkin baginya tidak ada keperluan dan tak berbaloi untuk menghabiskan masa untuk bersiap.

tips ibu

Foto Kredit: dailymotion.com

5. Bahasa Tubuh

Tanpa kita sedari, bahasa tubuh banyak memainkan peranan penting dalam sesuatu hubungan.

Seseorang yang sudah hilang minat pada kita akan mula menunjukkan bahasa tubuh seperti suka berpeluk tubuh, mengelakkan eye contact dan berpaling arah ke tempat lain serta suka mengelak daripada dekat dengan kita.

http://counselinglongbeach.com/

6. Bersikap Acuh Tak Acuh

Perempuan paling suka bergosip dan berbual lebih-lebih lagi dengan orang yang dia suka.

Kalau text yang dahulunya panjang berjela dengan emoji macam-macam dah bertukar jadi text sepatah dua – JAGA-JAGA!

Ini maksudnya dia sudah tak berminat lagi untuk berkongsi cerita dengan kita.

Dia juga rasa tak penting untuk dia kongsi apa-apa bila dia tak suka lagi dengan kita.

bosan dengan pasangan

Foto Kredit: nnm.me

7. Alasan Tak Masuk Akal

Kalau dia menolak untuk berjumpa sekali-sekala, mungkin dia ada urusan penting.

Tapi kalau dia mula beri alasan untuk tak berjumpa berkali-kali, dengan alasan pula yang tak logik dan tak masuk akal – ia tandanya dia tak mahu lagi luangkan masa.

Kalau nak cuba uji sama ada dia masih suka dengan kita atau tak, cubalah ajak dia ke majlis keluarga atau parti rakan.

Kalau sekali dia dia tolak kerana ada urusan, mungkin kita boleh faham. Tapi kalau terlalu kerap menolak, dia mahu kita faham yang dia tak mahu lagi dianggap sebagai ‘pasangan’ untuk kita hadiri majlis seperti kebiasaan.

Kalau dah terlalu kerap, memang hubungan susah untuk diteruskan sebab perasaan dah tak sama seperti dulu.

Nak ‘Move On’ Atau Pujuk?

Pastinya seorang perempuan mesti akan berikan ‘signal’ untuk tamatkan hubungan dengan cara tersendiri.

Bermacam-macam signal boleh diberikan, asalkan kita tumpu perhatian pada arah yang betul, kita pasti akan jumpa jawapan pada nasib hubungan kita dengan dia.

Pokok pangkalnya, perasaan bukan sesuatu yang boleh dipaksa-paksa. Mungkin dengan usaha, seseorang perempuan akan terbuka hati untuk menerima. Tapi bukan semua.

Jika rasa macam dalam dilema untuk teruskan hubungan, cubalah buat solat sunat istikharah. Berserah padaNya yang Maha Penyayang. Hanya Dia yang berkuasa melembutkan hati setiap insan tak kira siapa. Dan begitu juga sebaliknya.

Boleh juga bertanyakan juga pendapat ibu bapa. Mungkin dengan restu dan sokongan ibu bapa, anda akan rasa lebih bersemangat untuk menerima apa jua takdirNya.

Jangan sedih-sedih ya!

MASAKAN TERBARU DARIPADA MYRESIPI

CERITA SENSASI DARIPADA BERITA HARIAN

To Top
SKIP THIS AD ×