Terapi

7 Tanda Lelaki Tak Suka Kita Tapi Susah Nak Cakap. Dia Tak Serius Pun Sebenarnya!

86
SHARES
tanda lelaki tak suka kita

Apa tanda lelaki tak suka kita dan tak serius dalam hubungan?

Apabila usia makin bertambah, wanita secara umumnya lebih risau tentang perhubungan berbanding lelaki. Maklumlah, sana sini tengok orang upload status engaged, married, in a relationship – tapi kita?

Kadang-kadang wanita yang mudah keliru dengan isyarat yang diberikan oleh lelaki. Kejap nampak macam suka, kejap macam tak suka pulak… Pening dibuatnya!

Hanya kerana seorang lelaki mahu meluangkan masa makan malam, berhubung 24 jam, mengajak keluar berjalan-jalan, berbelanja lebih atau menghantar ucapan selamat setiap pagi dan malam – ia TIDAK SEMESTINYA membawa makna si dia serius dengan perhubungan itu.

Perilaku tersebut menyatakan yang dia suka melayani kita secara kasual – namun tidak semestinya dia mahukan hubungan jangka masa panjang yang membawa ke alam perkahwinan.

Jadi, macam mana nak tahu tanda lelaki tak suka kita dan tak serius dalam hubungan?

7 Tanda Lelaki Tak Suka Kita & Tak Serius Dalam Hubungan

1. Tidak Bercakap Tentang Masa Depan

Si dia selalu memberi alasan atau mengelak setiap kali perbincangan tentang masa depan diutarakan; samada si dia terus menukar topik atau mengatakan “malas untuk memikirkan” tentangnya.

Ia sebenarnya memberi tanda bahawa si dia tidak bersedia atau tidak mahu memberikan komitmen dalam perhubungan.

Alasan untuk tidak memberi komitmen atau menyatakan kenyataan yang seumpamanya memberi maksud si dia sudah tetapkan suatu sempadan perhubungan yang akan menjejaskan hubungan itu di masa akan datang.

Jadi, kalau ada tanda ini, watch out ya!

Foto Kredit : http://www.trendsflash.com/

2. Merahsiakan Kita Dari Keluarganya

Seorang lelaki pasti akan memberitahu ahli keluarganya tentang seorang wanita yang dianggap serius, sekurang-kurangnya kepada salah seorang adik beradiknya atau ayah dan ibunya.

Oleh itu, jika si dia ‘mati-mati’ merahsiakan ‘kewujudan’ kita dan masih tidak membawa kita berjumpa keluarganya – itu mungkin tanda-tanda si dia tidak serius dengan perhubungan tersebut.

Dalam masa yang sama, dia juga mungkin enggan datang berjumpa dengan ahli keluarga kita atau tak mahu mengambil tahu pun tentang ahli keluarga kita. Ish geramnyaaa!!!

tanda lelaki tak serius dalam hubungan

3. Tidak Mahu Berkongsi

Mungkin ada orang jenis introvert ni tak begitu suka untuk memberitahu apa-apa tentang dirinya, lingkungan kawannya, atau masalah sehari-hari yang dihadapi.

Tapi secara normalnya, lama-kelamaan seseorang akan menjadi lebih terbuka perihal diri sendiri walaupun mereka jenis sukar bercerita atau pendiam.

Ini memberikan gambaran kerelaan untuk mengenali dan dikenali oleh seseorang.

Sebaliknya, tanda lelaki tak suka kita ni, dia lebih selesa ‘menyembunyikan diri’ dan hanya akan berhubung dengan kita jika ada kepentingan tertentu saja. Awas ya!

Kawan baik perempuan

Foto Kredit: huffingtonpost.com

4. Hanya Ada Ketika Waktu Suka, Bukan Duka

Lelaki jenis ‘biskut chipsmore’ ni memang korang kena jauhkan diri siap-siap. Kejap dia hilang, kejap dia datang.

Paling teruk, dia hanya akan datang waktu kita senang je… Bila kita tengah sedih, susah, tersepit dalam keadaan memerlukan – mana dia pergi??

Tapi perempuan selalunya mudah dipujuk rayu… Jadi kita kena berfikiran rasional dan cuba lihat semula dan tanya kawan-kawan rapat kita jika lelaki tersebut ada ciri sebegini. Kadang-kadang kita tak perasan tau sebab dah ‘mabuk cinta’!

tanda lelaki suka kita

5. Tidak Cemburu

Orang tua-tua kata cemburu itu tanda sayang. Benda ini ada betulnya juga.

Bayangkan kalau si dia tak langsung merasa cemburu ketika anda bercerita atau memuji lelaki lain di hadapannya, mestilah tercalar egonya!

Walaupun dia mungkin hanya berdiam, kita boleh ‘rasa’ yang dia cemburu.

Tapi kalau dia langsung tak ambil pusing dan tak kisah langsung, maka itu mungkin tanda lelaki tak serius dalam hubungan dengan kita.

Malah, jika si dia meminta kita memperkenalkannya kepada kawan-kawan perempuan kita, mungkin dia sangat
selesa dengan kita sehingga tidak ada rasa cemburu yang akan membawa anda ke satu perhubungan istimewa.

Sebaliknya, kalian mungkin berpeluang menjadi sahabat yang sangat baik.

tanda perempuan tawar hati

6. Perbalahan Yang Berpanjangan

Bergaduh tu biasalah.

Tapi pasangan yang serius akan cuba sedaya-upaya untuk sama-sama menyelesaikan masalah tersebut – dan dari situ jugalah kita sebenarnya boleh mengenali pasangan anda dengan lebih baik.

Pergaduhan yang berpanjangan boleh merosakkan hubungan, lebih-lebih lagi jika ia tidak diakhiri dengan baik.

Contohnya, bila jumpa buat tak tahu macam tak ada apa-apa yang berlaku walaupun dah ‘perang besar’ semalam.

Sebagai wanita, kita perlu berhati-hati supaya tidak terperangkap dalam perhubungan toksik yang menyakitkan hati dan menyeksa mental. Boleh gila tau dibuatnya!

7. Action Speak Louder Than Words

Macam ni.

Dia mungkin tak pandai nak cakap dia suka kita atau dia sayang kita.

Tapi seorang lelaki yang serius akan menunjukkan rasa risau, prihatin, tanggungjawab walaupun tidak semestinya mengongkong atau memanjakan kita.

Sebabnya rata-rata lelaki memanifestasikan apa yang dirasa melalui tindakannya.

Tanda lelaki tak suka kita – dia takkan begitu prihatin dengan kita melainkan dia ada tujuan untuk berbuat demikian.

Jadi, kalau kita ni penting untuk dia, faham-faham sajalah… Takkanlah dalam seminggu pun tak ada masa nak call atau mesej kan?

Nak Move On Atau Terus Berharap?

Tanda lelaki serius dalam hubungan sebenarnya boleh diperhatikan melalui perilaku.

Namun, penting juga untuk seorang wanita untuk membaca bahasa cinta yang digunakan.

Setiap orang mempunyai bahasa cinta yang berbeza. Ia adalah satu teknik yang digunakan untuk meluahkan cinta dan menerima cinta.

Jika anda mahu terus berharap dengan si dia, terpulanglah.

Tapi jangan sampai makan hati berulam jantung ok!

MASAKAN TERBARU DARIPADA MYRESIPI

CERITA SENSASI DARIPADA BERITA HARIAN

To Top
SKIP THIS AD ×