Famili

Anak Hidap Kanser Tulang, Bapa Mohon Sumbangan Untuk Teruskan Kemoterapi

14
SHARES
kanser tulang

Menurut MyHealth Kementerian Kesihatan Malaysia, badan kita mempunyai lebih dari 200 tulang. Fungsi utamanya adalah rangka untuk badan dan melindungi organ-organ utama seperti paru-paru dan hati. Namun, ramai yang terlepas pandang bahawa kanser tulang juga boleh berlaku jika tidak dijaga!

Walaupun disangkakan hanya orang dewasa sahaja yang akan terkena kanser tulang, sebenarnya kanak-kanak pun tidak terlepas untuk menjadi mangsa. Seperti perkongsian seorang ayah bernama Khairul Azlan di laman Instagram ini yang memohon bantuan derma anaknya yang didiagnos dengan kanser tulang.

Baca juga: Budak 6 Tahun Positif Kanser Mata, Dapat Tahu Dari Silau Lampu!

KUTIPAN DERMA KILAT RAWATAN KANSER TULANG UNTUK JASMIN DELISHA

kanser tulang

Foto adik Jasmin pada November 2023.

Anaknya Jasmin Delisha binti Khairul Azlan menghidapi kanser tulang sejak didiagnos tahun lepas sekitar usia 3 tahun dan pelbagai ujian lain lagi. Jasmin telah selesai menjalani pembedahan pembuangan tumor di tulangnya dan tulang itu diganti dengan titanium sepanjang 7cm. Kos pembedahan itu berjumlah RM150,000.

Jasmin masih lagi ada 8 cycle untuk chemotherapy sebelum dia selesai proses rawatan. Tetapi, menurut ayahnya, Allah bagi dugaan lain yang mana chemoport lama yang Jasmin selalu guna terpaksa dikeluarkan dan diganti yang baharu kerana kesan daripada jangkitan di bahagian parut chemoport tersebut.

kanser tulang

Foto adik Jasmin pada Mac 2024, setelah beberapa sesi kimoterapi.

Jasmin memerlukan RM80,000 lagi untuk meneruskan treatment chemonya selama lebih 6 bulan lagi. 1 cycle memerlukan lebih kurang RM15,000. Saya memohon untuk bantu Jasmin melawan kanser dan melengkapkan treatment tersebut. Sekiranya sahabat-sahabat semua berhajat menghulurkan sumbangan, tuan puan boleh terus ke akaun di bawah :

Nama: Khairul Azlan bin Abd. halim
Akaun: 5623 1133 4249 (Maybank)

Sebarang pertanyaan lanjut boleh ke laman profil Instagram Encik Khairul Azlan di bawah ya.

 

View this post on Instagram

 

A post shared by Khairul Azlan (@kkhairullazlan)

*Semoga derma yang disumbangkan mampu meringankan beban yang ditanggung. Moga rahmat Allah SWT sentiasa mengiringi kita semua. Didoakan supaya adik Jasmin cepat sembuh!

Baca juga: Budak 5 Tahun Nodai Adik Kembar, Ketagih Seks Gara-Gara Ibu Kandung!

Sumber: Instagram @kkhairullazlan

MASAKAN TERBARU DARIPADA MYRESIPI

CERITA SENSASI DARIPADA BERITA HARIAN

To Top
SKIP THIS AD ×