Famili

7 Tanda Anak Kita Masih Terselamat Daripada Ketagihan Gajet – Dr Taufiq Razif

68
SHARES
tanda ketagihan gajet

Dalam dunia moden ini, gajet dan kanak-kanak semakin mustahil untuk dipisahkan.

Apatah lagi dengan wabak COVID-19 yang melanda dunia, setiap kanak-kanak perlu meneruskan sesi pembelajaran secara online menggunakan telefon bimbit, laptop atau tablet masing-masing.

Ramai ibu ayah yang semakin bimbang sekiranya anak mereka akan terdedah dengan ketagihan gajet sekiranya mereka terus-menerus menggunakan gajet setiap hari.

tanda anak ketagihan gajet

Namun, bagaimana kita ingin mengetahui sama ada anak kita ni dah dalam kategori ‘ketagihan gajet’ atau tidak?

Di media sosial, Dr Taufiq Razif berkongsikan 7 tanda penting yang ibu ayah boleh jadikan panduan dan juga sebagai kayu ukur dan renungan bersama.

Baca juga: “Jangan Kecam Tengok Parents Bawa Anak Keluar Main, Anak-Anak Pun Penat”

Jom ikuti perkongsian beliau sepenuhnya di bawah:

7 Tanda Anak Anda Masih Belum Terjebak Dengan Ketagihan Gajet

Kalau ada 7 tanda ni bermakna anak anak anda masih belum terjebak dengan ketagihan gajet:

1. Anak masih mahu pulangkan gajet ketika diminta
2. Anak masih boleh tersenyum ceria ketika kita minta gajet di tangannya
3. Anak tidak mengamuk dan memberontak ketika kita minta mereka pulangkan gajet
4. Anak masih memilih untuk bermain dengan kawan kawan dan mak ayahnya dibandingkan gajet di tangannya
5. Anak tak jadikan gajet sebagai sumber hiburan utama dia
6. Gajet tak mengganggu aktiviti hariannya seperti mandi, makan, bermain dan lain lain
7. Anak masih boleh kawal kegelisahan hati dia apabila tak diberikan keizinan untuk menggunakan gajet

Cuba periksa anak kita, ada tak 7 tanda di atas? Kalau ada, tahniah dan syabas saya ucapkan.

Anda telah berjaya mendidik anak untuk menggenggam gajet di tangan, bukannya menggenggam pada hati dan fikiran.

*Kredit: Taufiq Razif 

Dr Taufiq Razif adalah Pendidik Ilmu Kekeluargaan yang aktif di media sosial seperti Facebook, Twitter dan Telegram. Dapatkan lebih banyak nota parenting beliau di t.me/NotaTaufiqRazif

 

MASAKAN TERBARU DARIPADA MYRESIPI

CERITA SENSASI DARIPADA BERITA HARIAN

To Top
SKIP THIS AD ×