Famili

Tampil Lebih Anggun Dan Bergaya Dengan Jam Tangan Solvil et Titus Untuk Raya Tahun Ni!

193
SHARES

Sempena Syawal yang bakal tiba ni, selain daripada penyediaan baju raya, jangan lupakan jadikan aksesori seperti jam tangan sebagai pelengkap gaya!

Sebut pasal jam tangan, terus teringat jenama Solvil et Titus yang tak asing lagi di pasaran! Bukan saja design nya yang cantik, malah dengan memakai jam ini ia membolehkan anda mengekpresikan rasa cinta dan menghabiskan lebih banyak masa dengan keluarga anda pada raya ini. Selain itu, jenama ini terdiri daripada pelbagai pilihan jam tangan bagi lelaki dan wanita.

Nak tau lagi apa yang menarik? Jom kami kongsikan!

Reka bentuk & warna yang menarik

Pemakaian jam tangan menggambarkan personaliti dan identiti seseorang. Ia bukan sekadar untuk mengetahui masa saja. Malah, ia juga telah menjadi aksesori wajib buat lelaki dan wanita untuk membolehkan mereka tampak bergaya dan lebih stail.

Jadi, dengan Solvil et Titus ni memang ngam sangatlah, sebab ia terdiri daripada pelbagai rekaan dan warna menarik yang membolehkan anda kelihatan lebih yakin untuk berinteraksi dengan orang ramai.

Antara koleksinya yang terdiri daripada pelbagai reka bentuk, tema dan warna adalah seperti dibawah:

Classicist

Exquisite

Solvil et Titus juga hadir dengan jam tangan ala klasik bagi mengimbau tema yang tak lekang dek zaman. Selain tu, kalau anda sejenis peminat tona warna pastel dan nak dipadankan dengan tona warna gelap, anda boleh pilih koleksi Exquisite kerana ia akan menyerlahkan lagi kecantikan si pemakai.

The Cape

Anda juga akan nampak cool dan bergaya bersama koleksi The Cape dengan tona warna mint yang semestinya dapat memberi nafas segar di Aidilfitri kali ni. Koleksi ini juga merupakan sejenis jam penyelam automatik tau!

The Letter

Bukan tu saja, ia turut hadir dengan koleksi The Letter dengan gabungan tona hitam dan ros keemasan yang akan menyerlahkan lagi penampilan si pemakai.

Saber & Fashionista

Serlahkan kemaskulinan anda dengan koleksi Saber dengan tona warna hijau yang segak dihari raya nanti! Buat wanita yang suka bergaya ala ala fashionista pula, anda bolehlah padankan warna lembut dengan koleksi Fashionista ni, pasti sedap mata memandang.

Barista

Ha.. hadir dengan tona warna biru, koleksi Barista ini pasti membuatkan siapa saja yang pandang akan terpikat. Orang kata setenang tenang laut biru, tenang lagi memandang si dia berjam biru. Eh!

Modernist

Akhir sekali, koleksi Modernist menampilkan reka bentuk maskulin yang moden dengan lekukan halus, bentuk asas dan agak menarik buat para lelaki diluar sana. Reka bentuk geometri ringkas menjadikan rupa nya yang harmoni dan sempurna. 

Harga berpatutan dengan kualiti yang bagus

Ada yang kata bila nak beli jam dari jenama terkenal ni, harga memang boleh buat pengsan. Sebenarnya kalau anda nak tahu, kualiti sesuatu barangan biasanya hadir dengan harga yang berpatutan dan mampu milik.

Begitu juga dengan jenama Solvil et Titus! Bermula dari RM350, anda dah boleh dapat jam yang mewah dan terungggul dari mereka ni tau!

Ada 2 tahun waranti serta penghantaran percuma ke rumah!

Macam biasa, kalau anda beli barangan berjenama mewah ni mesti dilengkapi dengan waranti*. Macam tu jugalah dengan jam tangan Solvil et Titus ni, anda akan dapat 2 tahun waranti. Jadi, kalau ada apa-apa yang berlaku atas jam anda, boleh terus ke cawangan City Chain.

Bukan tu je, dengan pembelian yang anda buat, anda juga akan dapat servis penghantaran percuma tau! Jangan risau, tiada caj dikenakan. Nak hadiahkan untuk keluarga dekat kampung pun senang lepas ni. Yang penting dalam Malaysia saja ya…

*tertakluk kepada terma dan syarat

JOM beraya & bergaya dengan jam baru!

Ha tunggu apa lagi? Jom cepat-cepat grab dan jangan lepaskan peluang untuk dapatkan jam tangan dari Solvil et Titus! Pelbagai warna dari koleksi berbeza yang anda boleh pilih dan padankan dengan baju raya nanti!

Nak tahu macam mana nak dapatkan? Senang je! Layari laman web Solvil et Titus untuk reka bentuk jam tangan mereka sekarang!

MASAKAN TERBARU DARIPADA MYRESIPI

CERITA SENSASI DARIPADA BERITA HARIAN

To Top
SKIP THIS AD ×