Asuh

Tak Tahu Bagaimana Nak Kendalikan Anak Dyslexia? Tips Mudah Ini Dapat Membantu

115
SHARES

Dyslexia adalah satu sindrom yang masih ramai ibu bapa tidak tahu atau tidak sedar. Ia bukannya sejenis penyakit tetapi, merupakan gangguan dalam pembelajaran yang biasanya dialami oleh kanak-kanak. Sebagai ibu bapa yang sentiasa mengambil berat mengenai anak-anak, anda perlu peka terhadap kondisi sama ada mereka mempunyai tanda-tanda sindrom dyslexia ataupun tidak.

Namun, tahukah anda bahawa untuk berhadapan atau mengendalikan anak-anak dyslexia ini adalah berbeza dari mengendalikan anak-anak yang normal? Penting untuk ibu bapa di luar sana tahu tips ini agar sentiasa bersedia!

1. Cari ilmu mengenai dyslexia

http://catholicleader.com.au/

http://catholicleader.com.au/

Jika ibu bapa baru sahaja mengetahui bahawa anak anda telah didiagnos dengan masalah dyslexia, amatlah penting untuk mengambil tahu dan mencari ilmu mengenai dyslexia. Luangkan masa berjumpa dengan pakar atau anda juga boleh berhubung dengan ibu bapa lain yang turut mengalami situasi yang sama.

2. Pastikan anak mendapat bantuan yang dia perlukan

www.schoolbag.sg/

www.schoolbag.sg/

Masalah yang sering berlaku terhadap anak-anak dyslexia ini seringkali terjadi di sekolah. Ibu bapa juga berhak untuk memantau perkembangan anak dyslexia ketika mereka berada di sekolah. Dapatkan perkembangan semasa mengenai anak anda melalui guru yang bertugas supaya anda tidak bimbang dengan status pendidikan mereka. Apabila adanya komunikasi dua hala antara guru dan ibu bapa, maka mudahlah untuk anak-anak dyslexia ini mendapat bantuan.

3. Rajin membaca kepada anak anda

http://writersgroup968.web.fc2.com/

http://writersgroup968.web.fc2.com/

Aktiviti membaca atau ‘reading therapy’ adalah sangat bagus untuk anak-anak dyslexia. Terapi sebegini dapat membantu untuk mengembangkan rangsangan otak mereka agar lebih mudah untuk menerima ilmu. Tetapi, ibu bapa jangan terlalu mendesak kerana proses ini mungkin akan mengambil masa.

4. Sediakan ruang pembelajaran yang selesa

http://www.dyslexiaconsultant.com/

http://www.dyslexiaconsultant.com/

Suasana pembelajaran yang kondusif dan senyap adalah sangat penting untuk membantu proses pendidikan anak dyslexia. Hal ini kerana, anak-anak dyslexia ini agak berbeza dengan anak-anak yang lain. Ibu bapa perlu cuba untuk bersabar dan mencipta suasana yang tenang semasa belajar bersama anak. Menyediakan bahan bacaan yang sesuai dan boleh menarik minat mereka adalah bonus bagi mendapatkan reaksi yang memberangsangkan. Tetapi, jika anda berkemampuan, boleh juga sekiranya anda mengambil bantuan guru khas untuk mengajar anak-anak dyslexia.

5. Selalu berikan kata-kata ransangan yang positif

quotefancy.com

quotefancy.com

Tidak kira betapa bagusnya sistem pembelajaran anak dyslexia di sekolah, akan ada masanya apabila anak-anak ini memerlukan kata-kata semangat dari ibu bapa. Tidak dinafikan, anak-anak ini akan merasakan diri mereka agak berbeza dengan anak-anak lain. Jadi, sebagai ibu bapa yang memahami, amat penting untuk anda sentiasa memberikan ‘feedback’ yang positif kepada anak dyslexia supaya mereka sentiasa berada dalam zon yang selesa.

6. Galakkan anak-anak melalukan aktiviti yang digemari

http://www.gardening4kids.com.au/

http://www.gardening4kids.com.au/

Aktiviti dalaman atau luar adalah sangat digalakkan bagi ibu bapa melakukanya bersama anak-anak dyslexia.Contohnya berkebun, bersukan mahupun menonton filem bersama mereka. Aktiviti sebegini sebenarnya dapat memberi kesan positif dan secara tidak langsung dapat mendekatkan mereka dengan persekitaran.

7. Luangkan masa berjumpa pakar jika mengalami kesukaran

http://www.gettyimages.com/

http://www.gettyimages.com/

Ragam anak-anak dyslexia adalah tidak menentu. Kadang-kadang mereka boleh berada dalam situasi yang baik, kadang-kadang mereka akan berada dalam situasi yang berbeza. Penting untuk ibu bapa sentiasa berhubung dengan pakar perubatan atau pakar terapi dyslexia supaya anda sentiasa mempunyai jalan untuk berhadapan dengan situasi sukar.

MASAKAN TERBARU DARIPADA MYRESIPI

CERITA SENSASI DARIPADA BERITA HARIAN

To Top
SKIP THIS AD ×