Rakyat

Tak Sampai 24 Jam, Taman Tasik Titiwangsa Dicemari Mentaliti Kelas Ketiga

425
SHARES

Setelah lebih setahun ditutup untuk penambahbaikan, ramai teruja dengan pembaharuan Taman Tasik Titiwangsa yanh berwajah baru.

Taman itu dibuka semula secara rasminya pada Ahad, 15 Disember semalam.

Namun apa yang mengecewakan, dalam tempoh tak sampai 24 jam saja pengunjung dah mula meninggalkan ‘jejak’ yang tak sepatutnya.

Menurut posting Facebook oleh Noor Fazlina Rosley, iaitu Penolong Penga­rah Kanan (Arkitek) Jabatan Pelaksanaan Projek dan Penyelenggaraan Bangunan Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL), terdapat contengan, pembuangan sampah dan vandalisme dikesan seawal jam 11 pagi, iaitu hanya setelah 5 jam Taman Tasik Titiwangsa dibuka.

 

Selain itu, terdapat juga pengunjung yang menggunakan basikal tak berlesen di atas pejalan kaki.

Hentikan Vandalisme, Sama-sama Jaga Taman Kita

Kecewa betul dengan mereka yang buat perangai macam ni kan?

Sebagai pengunjung, kita sama-samalah jaga taman awam kita.

Kalau nampak ada yang buat kerosakan, kita tegurlah dan cuba nasihatkan mereka.

Jika perlu, laporkan kepada pihak pengurusan. Biar mereka kena tindakan undang-undang. Geram!

Jangan biarkan vandalisme menghancurkan fasiliti kita.

Rugilah kerajaan dah belanjakan berbilion untuk kemudahan bersama, tapi dirosakkan oleh segolongan yang tak bertanggungjawab begini kan?

MASAKAN TERBARU DARIPADA MYRESIPI

CERITA SENSASI DARIPADA BERITA HARIAN

To Top
SKIP THIS AD ×