Famili

“Tak Pernah Terlintas Di Fikiran”- Dulu Aktif & Lincah, Adik Adam Disahkan Kanser Tahap 4

1.3K
SHARES
tanda kanser

Terbaharu, viral di laman media sosial memaparkan sebuah video seorang kanak-kanak bernama Adam Hadid, usia 3 tahun 4 bulan. Paling menyayatkan hati adalah kandungan video tersebut menceritakan bahawa Adam telah disahkan menghidapi kanser Ganglioneuroblastoma Tahap 4 pada 7 bulan yang lepas. Pada masa kini, Adam sedang menjalani rawatan di Hospital Tunku Azizah.

Baca juga: [VIDEO] Lafaz Akad Nikah Guna Bahasa Isyarat, Pengantin Bisu Undang Air Mata Warganet

‘TAK PERNAH TERLINTAS DI FIKIRAN’- ADAM YANG AKTIF & LINCAH DISAHKAN KANSER ganglioneuroblastoma

Tak pernah terlintas di fikiran Adam yang aktif, lincah, bergelak ketawa, kelihatan kuat bertenaga disahkan menghidapi kanser ganglioneuroblastoma tahap 4 pada akhir februari 2022.

Kini Adam masih menjalani rawatan di Hospital Tunku Azizah (HTA). Dijangkakan pada November tahun ini (2022), Adam perlu menjalani rawatan penting iaitu immunotherapy (qarziba) bagi rawatan kansernya.

Ubat ini sahaja menelan belanja RM500,000 tidak termasuk kos rawatan yang lain. Jumlah yang besar ini adalah memerlukan sokongan dari orang ramai. Oleh itu, kami ingin memohon sumbangan bagi menampung membeli ubat Qarziba yang diperlukan oleh Adam. Diharapkan dengan rawatan ini dan doa semua, Adam akan kembali sihat seperti dulu.

“Hospital ni dah mcm rumah kedua dah untuk Adam”

Menurut ibunya lagi, Adam menjalani 8 kitaran kemoterapi dan setiap kitaran selang 11 hari. Jadi, sepanjang bulan April sehingga bulan Julai, Adam banyak menghabiskan keluar masuk hospital untuk menjalani rawatan kemoterapi dan rawatan harian. Bagi anda yang ingin membantu dengan menyalurkan sumbangan buat adik Adam, butiran ada di bawah.

BUTIRAN UNTUK SALURKAN BANTUAN:

564098532103 (Maybank)
Aniq Ekmal Dolfatah
No. telefon: 0176852197
7601513352 (CIMB)
Khuzaima binti Dolfatah
No. telefon: 0176820026

Tolong kami untuk sebarkan post ini agar jumlah rm500,000 dapat dikumpul dan boleh membantu Adam untuk membeli ubat Qarziba dan seterusnya menjalani rawatan immunotherapy.

*Semoga diberikan kesembuhan kepada adik Adan dan dipermudahkan semua urusan. Amin.

Sumber: Facebook Adam Hadid The Ganglioneuroblastoma Warrior

MASAKAN TERBARU DARIPADA MYRESIPI

CERITA SENSASI DARIPADA BERITA HARIAN

To Top
SKIP THIS AD ×