Inspirasi

Tak Ada Printer Di Rumah, Murid Darjah 1 Ini Lukis Sendiri Kerja Sekolah & Dapat Pujian!

2.4K
SHARES

Ternyata, usaha itu merupakan tangga kejayaan. Begitu juga dengan kisah yang dikongsikan oleh seorang guru di laman media sosial dimana anak muridnya menyiapkan kerja sekolah dengan lukisan seperti dicetak! Menariknya, kerja sekolah yang diberikan oleh guru ini memerlukan anak muridnya mencetak lukisan tetapi hasil kreativitinya melukis sendiri sangat membanggakan.

PANDAINYA LUKIS!

Kerja sekolah PKP tempoh hari…Murid saya tahun 1 tiada printer. Tapi bagus keluarganya siap tolong lukis. Arahan kerja asalnya tak perlu lukis hanya tulis sahaja (bagi yang tiada printer) tapi abe2 kak2 dia tolong lukis. Banggo cikgu! Semoga menjadi insan hebat suatu hari nanti anokkk weyh…

Pandainya lukis! Apa yang penting adalah anak muridnya yang merupakan murid Darjah 1 ini mengambil inisiatif untuk melukis sendiri kerana tidak mempunyai printer di rumah. Terbaik!

“TERBAIK ANAK MURID DAN CIKGU”

Bukan itu sahaja, perkongsian ini mendapat pujian dari orang ramai yang memuji guru dan anak murid tersebut. Semoga hasil usaha anak murid ini mendapat kejayaan dunia dan akhirat dan terima kasih juga kepada guru yang menerima hasil kreativiti anak-anak sebegini.

Sumber: Adly Razali

MASAKAN TERBARU DARIPADA MYRESIPI

CERITA SENSASI DARIPADA BERITA HARIAN

To Top
SKIP THIS AD ×