40 Minggu

Tahukah Anda Bahawa 9 daripada 10 Ibu Mengandung Di Malaysia Tidak Mendapat Nutrien* Yang Mencukupi?

4.1K
SHARES

Semasa hamil, badan anda akan mengalami perubahan yang luar biasa. Berpeluh lebih banyak, peredaran darah anda meningkat, nafas semakin cepat dan lebih banyak perubahan melalui seluruh badan. Untuk pengetahuan anda, peratus atau jumlah ibu hamil di Malaysia yang mengambil nutrien-nutrien yang mencukupi berdasarkan saranan pengambilan pemakanan hanya adalah:

  • 3% bagi folat 
  • 2.6% bagi kalsium 
  • 5.1% bagi serat makanan 
  • 25.6% bagi vitamin D 
  • 70.5% bagi zat besi

Ini bermaksud sebanyak 9 daripada 10 wanita hamil tidak mendapat folat, kalsium dan serat makanan yang mencukupi untuk menyokong kehamilan mereka. Jika pengambilan sesuatu nurien oleh ibu tidak mencukupi, sebagai contoh kalsium,  ianya akan diserap daripada tulang ibu.

Kami sarankan untuk setiap wanita yang ingin menjaga keperluan pemakanan semasa hamil adalah dengan mengamalkan susu Anmum™ MATERNA sebagai sebahagian daripada diet seimbang harian anda. Nak tahu kenapa? Teruskan membaca ya..

Mengandungi nutrien-nutrien penting untuk menyokong pertumbuhan janin 

Susu Anmum™ MATERNA ini adalah satu-satunya minuman susu pra-natal tanpa gula tambahan dan juga rendah lemak yang dilengkapi dengan probiotik Bifidobacterium lactis HN019 (DR10™)  dan prebiotik inulin.

Ia menggabungkan DHA, MFGM + Gangliosida (GA®), Prebiotik, Probiotik Bifidobacterium lactis HN019 (DR10™) dengan nutrien-nutrien penting untuk kehamilan termasuk Asid Folik, Kalsium dan Zat Besi. 

DHA dan MFGM+ Gangliosida (GA®) adalah nutrien yang boleh didapati dengan banyak pada otak. Adalah penting untuk menyokong 8 aspek penting semasa kehamilan dan pastikan keperluan nutrisi anda dipenuhi untuk kesihatan ibu dan perkembangan janin anda. 

Disarankan untuk minum sebanyak 2 gelas setiap hari untuk menyokong keperluan pemakanan 

Paling menarik, susu Anmum™ MATERNA ini terdapat dalam 2 perisa yang lazat tau iaitu Biasa dan Coklat. Anda disarankan untuk minum sebanyak 2 gelas setiap hari kerana ia membekalkan 100% keperluan kalsium dan folat harian anda. 

Macam yang anda tahu, folat diperlukan untuk pertumbuhan dan pembahagian sel janin yang pesat dan kalsium ini juga penting untuk membantu menyokong perkembangan tulang yang kuat. 2 gelas susu jenis biasa hanya dapat memenuhi lebih kurang 50% keperluan kalsium ibu hamil. Susu yang diformulasikan khas untuk ibu hamil mengandungi nutrien yang penting bagi membantu perkembangan janin anda. 

Jom amalkan pengambilan susu Anmum™ MATERNA ini sekarang!

Anda tunggu apa lagi tu? Anmum™ MATERNA sekarang terdapat dalam pek percubaan 350g di Lotus dengan harga RM25.90 sahaja. Sokongilah keperluan nutrisi kehamilan anda dan nikmatilah keenakan susu Anmum™ MATERNA sekarang!

Untuk maklumat lanjut mengenai susu Anmum™ MATERNA, layari laman web mereka di SINI. Anda juga boleh memohon sampel percubaan Anmum™ MATERNA di SINI.

Jangan lupa, anda juga boleh menyokong keperluan pemakanan semasa menyusu dengan mengamalkan Anmum™ LACTA yang menggabungkan DHA, MFGM + Gangliosida (GA®), prebiotik dengan nutrien penting, termasuk kalsium dan vitamin B untuk menyokong keperluan nutrisi ibu-ibu yang menyusukan anak

Rujukan: 
1. Manaf et al. (2014). Jurnal Sains Kesihatan Malaysia. 12(2), 53-62. 
2. Hamid et al. (2019). Int. J. Environ. Res. Public Health. 16, 4720.
3. Woon et al. (2019). PloS ONE. 14(6), e0216439.
*Folat, Kalsium, Serat Makanan, Zat Besi, Vitamin D

MASAKAN TERBARU DARIPADA MYRESIPI

CERITA SENSASI DARIPADA BERITA HARIAN

To Top
SKIP THIS AD ×