Sebelum ini, tular di media sosial mengenai seorang sukarelawan dari Melaka datang membantu mangsa banjir dengan hanya bermodalkan RM50. Insa tersebut adalah Azwan Omar atau warganet memanggil dengan gelaran ‘Abang Viva’.
Beliau bergerak dari Melaka dengan menaiki Viva dan membawa bot untuk membantu mangsa banjir di Shah Alam. Terbaharu, menerusi perkongsian di laman Facebook rasmi milik Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM).
Baca juga: Kisah ‘Unsung Hero’ Abang Viva RM50 Jadi Inspirasi Buat Rakyat Malaysia
“MEMANG LAYAK..” APM BERI ABANG VIVA SIJIL ADWIRA PRIHATIN MUSIBAH
Ketua Pesuruhjaya Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM), YAS KPj. (PA) Aminurrahim bin Mohamed, berkesempatan menyampaikan ‘Sijil Kepujian Ketua Pesuruhjaya’ kepada Encik Azwan bin Omar (Abang Viva) atas keprihatinannya membantu mangsa banjir di Shah Alam dengan membawa sebuah bot atas bumbung kereta dari Melaka.
Sijil disampaikan semasa lawatan YAS Ketua Pesuruhjaya ke Pejabat Pertahanan Awam Daerah (PDPA), Temerloh, Pahang pada petang tadi.
Berita gembira ini turut dikongsi oleh Azwan Omar di laman TikToknya dan sehingga kini menerima 1.3 juta tontonan serta dibanjiri komen positif warganet.
“Alhamdulillah atas berkat doa mak ayah dan orang ramai semua saya telah menerima sijil penghargaan Adwira Prihatin Musibah,” jelasnya di ruangan kapsyen.
Tahniah diucapkan untuk abang viva. Memang terbaik dan sangat prihatin. Semoga sentiasa dilimpahkan rezeki.
Sumber: Facebook APM & TikTok Abang Viva