DIY & Kraf

Susun Buku Jadual Waktu Anak Paling Mudah Guna Sistem Fail, Tak Ada Buku Tertinggal!

“Dah pening dah aku nak susun buku ikut jadual anak aku ni…”

Menyusun buku mengikut jadual waktu kelas persekolahan kadang-kadang agak memeningkan. Mana tidaknya, asyik bawa keluar buku dan kadang-kadang sampai tersilap subjek pun ada. Jadi, salah satu solusi yang diilham dari ibu ini dimana beliau menggunakan sistem file untuk menyusun jadual waktu buku anak-anak. Perkongsian beliau sudah mencapai lebih 4 ribu shares di FB tau!

TIADA LAGI STICKER IKUT HARI

Sekolah dah tak lama nak buka semula. Masa ni sibuk parent tolong balutkan buku anak-anak kan. Harini cikgu share kaedah senang, cepat & tiada buku tertinggal lagi untuk anak-anak bila mereka susun buku ikut jadual.  Dulu memang guna kaedah lekatkan sticker warna ikut hari dalam jadual waktu anak.

Tapi sejak dapat wasep dari Ustaz Man awal tahun lepas, dapat gambar zikry termenung dalam kelas sebab tertinggal buku, kemurungan ummi dia. Rasa kesian sangat. Dah la dia jenis sensitif. Mesti kena marah tertinggal buku. Biasalah 1 subjek paling kurang 2 jenis buku. Ada sesetengah subjek sampai 3,4 jenis buku. Kebarangkalian cuai nak tertinggal tu memang ada.

Maka umi dia beralih guna kaedah fail. Satu subjek satu fail. Semua buku letak dalam fail tu. Bila nak susun buku, tengok jadual & tarik saja terus 1 fail. InsyaAllah tak da dah buku-buku yang tertinggal. Dan kaedah ini juga pantas. Sebelum ini pernah cuba guna 2,3 jenis fail plastik. Tapi prestasi mengecewakan. Renyah, dan kalau terlipat, berbekas huduh fail tu. Dan ada jenis penjuru tajam.

Jadi akhirnya, fail berzip ni paling jatuh hati. Kaler menarik, tahan lama, tahan lasak. Angah & kak ina punya masih elok. InsyaAllah boleh pakai sampai darjah 6. Dan zakwan punya pun ummi dia dah beli sejak tahun lepas. Persediaan nak masuk tahun 1. Sindrom takut tak jumpa dah fail tu. Satu lagi kelebihan guna fail ni, tukarlah jadual waktu 28 kali setahun pun umi tak kisah. Tak payah tertekan nak ubah-ubah sticker macam pengalaman lalu.

MUDAHNYA! HARGA PUN RM1.50 SAJA SATU

Info Tambahan:

-Harga 1 fail RM1.50. Size A4.
-Cikgu beli di Max10, dalam Cmart Changlun.
-Kalau tempat lain, boleh cuba cari di DIY.

Sumber : Syikin Zahir

Most Popular

Waktu Solat

1 January 2017, Thursday
Subuh
00:00am
Syuruk
00:00am
Zuhur
00:00am
Asar
00:00am
Maghrib
00:00am
Isyak
00:00am

Waktu Solat Ini Dibawakan Oleh
Waktu Solat Malaysia

To Top