Famili

Supercharge Your Way to Impact: Sidang Kemuncak MCY 2023 Jadi Landasan Mengkomersialkan Teknologi Negara!

19
SHARES

Bakal diadakan di Connexion Bangsar South, Kuala Lumpur, pada 3 dan 4 Ogos 2023, Sidang Kemuncak MCY 2023 akan menyaksikan 60 peserta mempamerkan lebih 500 produk dan teknologi hasil inovasi mereka.

Bertemakan “Supercharge Your Way to Impact”, sidang kemuncak pada kali ini mahu mengeratkan lagi hubungan di antara pelbagai pihak yang terlibat agar ekosistem teknologi Malaysia dapat diperkukuhkan lagi.

Sidang Kemuncak MCY 2023 jadi landasan memperkenal bakat & ciptaan inovasi Malaysia!

Bakal berlangsung selama 2 hari, Sidang Kemuncak MCY 2023 membuktikan bahawa Malaysia memiliki potensi besar untuk terus berkembang dan menjadi hab inovasi teknologi di Asia pasifik dengan memacu inovator dan bakat tempatan sedia ada.

Ketua Setiausaha Kementerian Sains, Teknologi dan Inovasi (MOSTI) Datuk Ts. Dr. Aminuddin bin Hassim berkata Sidang Kemuncak Tahun Pengkomersialan Malaysia 2023 (MCY 2023) akan meningkatkan bakat dan inovasi Malaysia untuk pengaruh global.

Menurut Ketua Setiausaha Kementerian Sains, Teknologi dan Inovasi (MOSTI), Datuk Ts. Dr Aminuddin bin Hassim, sidang Kemuncak Tahun Pengkomersilan Malaysia 2023 (Sidang Kemuncak MCY 2023) akan menjadi landasan pelancaran bakat Malaysia dan ciptaan mereka agar dapat memberi impak di peringkat global.

Sekaligus, menjadi platform untuk mempamerkan dan meraikan kejayaan penyelidikan, pembangunan dan barangan dan perkhidmatan inovatif yang dikomersialkan oleh industri tempatan, institusi pengajian tinggi dan agensi penyelidikan, tambah Datuk Ts. Dr Aminuddin .

MRANTI, rakan strategik Sidang Kemuncak MCY 2023!

Dilantik menjadi rakan startegik Sidang Kemuncak MCY 2023, Malaysian Research Accelerator for Technology and Innovation (MRANTI), akan menyokong inovator dan pencipta tempatan dalam usaha mengantarabangsakan produk mereka, lantas mengukuhkan kedudukan Malaysia sebagai hab serantau untuk menarik dan mengembangkan perusahaan inovatif serta membangunkan kemahiran-kemahiran yang berkaitan.

Memainkan peranan penting dalam mempercepatkan proses pengkomersilan penyelidikan, pembangunan dan inovasi (R,D&I) dengan memupuk perkongsian dan kerjasama, objektif utama MRANTI  pada Sidang Kemuncak MCY juga sejajar dengan agenda negara.

CEO MRANTI

Dzuleira Abu Bakar, CEO MRANTI

“Objektif utama Sidang Kemuncak MCY adalah bertujuan untuk menggalakkan kemampanan pengkomersialan melalui tiga (3) strategi utama: menjalin kerjasama strategik dan kukuh, mempercepatkan inovasi ke pasaran dan membina platform R&D dan pengkomersilan harta intelek (IP) yang mantap, kata Dzuleira Abu Bakar, Ketua Pegawai Eksekutif MRANTI.

MCY sebar kesedaran kepentingan dan potensi inovasi tempatan

Tahun Pengkomersilan Malaysia mula diperkenalkan pada 2016 sebagai platform untuk meningkatkan kesedaran tentang kepentingan dan potensi inovasi tempatan yang berpotensi untuk dikomersialkan. Ia bertujuan untuk meningkatkan hasil R,D&I daripada universiti, institusi, agensi penyelidikan tempatan sebagai penjana kekayaan melalui proses pengkomersilan.

Secara umumnya, pelaksanaan P&P perlu melalui lima (5) peringkat pelaksanaan iaitu;

  1. Idea/konsep
  2. Teori/asas
  3. Prototaip/bukti konsep
  4. Pra-pengkomersilan
  5. Pengkomersilan.

Pengkomersialan R, D & I merupakan proses yang kompleks dan mencabar.

Kebanyakan produk R&D sukar melepasi fasa interim ini yang dikenali sebagai “lembah kematian”. Justeru itu, inisiatif MCY dilihat dapat meningkatkan keberkesanan usaha pengkomersilan melalui kerjasama sinergi pelbagai pihak berkepentingan.

Di bawah Rancangan Malaysia Kedua Belas, kerajaan menyasarkan untuk mengkomersialkan 500 produk, teknologi atau perkhidmatan, dengan sekurang-kurangnya 60 daripadanya disasarkan untuk menembusi pasaran global.

Ini akan dihasilkan oleh National Technology and Innovation Sandbox (NTIS) dan Malaysian Commercialisation Year (MCY) menjelang 2025.

MCY dah capai pelbagai kejayaan!

Sidang Kemuncak MCY 2023

Datuk Ts. Dr Aminuddin bin Hassim, Ketua Setiausaha Kementerian Sains, Teknologi dan Inovasi (MOSTI) (tiga dari kiri) bersama Dzuleira Abu Bakar, Ketua Pegawai Eksekutif MRANTI (tiga dari kanan) bersama wakil MOSTI semasa pelancaran MySTI dan MCY Summit di MRANTI Park di sini, baru-baru ini.

Dari 2016 hingga 2021, daripada 434 produk, 49 produk MCY telah berjaya ke pasaran antarabangsa dengan nilai jualan RM476 juta.

Tahun lalu, nilai lebih RM50 juta telah dijana pada Sidang Kemuncak MCY daripada memorandum persefahaman dan perjanjian melibatkan produk, teknologi dan perkhidmatan yang dikomersialkan.

Ini belum termasuk kisah kejayaan MCY yang lain seperti memperkenalkan peranti perubatan yang mengesan urat tanpa menyentuh kulit pesakit, kit pertanian bandar pintar, peranti diagnostik perubatan untuk penyakit berjangkit, sistem pemindahan kecemasan dan sistem digital yang dibangunkan untuk penyelamat memantau fisiologi mereka yang terlibat semasa operasi menyelamat.

5,000 pengunjung dan 60 peserta pameran dijangka hadir pada MCY2023 pada bulan Ogos.

Memasuki tahun ketujuh, Sidang Kemuncak MCY 2023 lebih meriah kerana anda berpeluang untuk tambah ilmu dengan mendengarkan perkongsian daripada tokoh-tokoh yang terkenal dalam komuniti teknologi seperti Hitendra Patel, Ketua Pegawai Eksekutif IXL Center (Amerika Syarikat), Rezal Khairi Ahmad, Ketua Pegawai Eksekutif NanoMalaysia Sdn Bhd, Fabian Bigar, Ketua Pegawai Eksekutif MyDIGITAL Corporation dan Dr David Appleton dari Oil Development Sdn Bhd.

Jom hadir ke Sidang Kemuncak MCY 2023!

Jadi,  buat ahli akademik, pencipta, ahli perniagaan, syarikat teknologi dan badan kerajaan jangan lepaskan peluang untuk menyertai Sidang Kemuncak MCY 2023 kali ini. Mungkin ini peluang anda untuk memanfaatkan dan membina prospek inovasi di peringkat antarabangsa.

“Sidang kemuncak itu adalah jalan yang ideal untuk para pelabur, syarikat tempatan dan syarikat multinasional untuk membeli-belah inovasi dan teknologi yang ditawarkan. Mereka dapat bertemu dan berinteraksi secara langsung dengan pengasas permulaan dan inovator lain,” kata Datuk Ts. Dr Aminuddin .

Layari https://mcyportal.mosti.gov.my/mcysummit2023 untuk maklumat lanjut berkaitan Sidang Kemuncak MCY 2023!

MASAKAN TERBARU DARIPADA MYRESIPI

CERITA SENSASI DARIPADA BERITA HARIAN

To Top
SKIP THIS AD ×