Sponsored Post

Suntikan Dana & Kadar Sewa Rendah Perlu Dilaksanakan Untuk Bantu Usahawan Bumiputera

91
SHARES

Pemilikan premis perniagaan membabitkan golongan Bumiputera di pusat beli-belah terkemuka dan berprestij di lokasi tumpuan pelancongan masih lagi rendah disebabkan kadar sewa yang terlampau tinggi.

Selain itu, persaingan jenama tempatan untuk menarik perhatian pelancong asing juga antara faktor utama kurangnya peniaga Bumiputera di pusat beli-belah terkemuka.

 

Presiden Persatuan Wanita Bumiputera Dalam Perniagaan dan Profesyen Malaysia (Peniagawati), Datuk Azlin Ahmad Shaharbi berkata, kadar sewa yang terlalu tinggi antara penyebab ramai usahawan Bumiputera tiada dalam pasaran pusat beli-belah negara.

“Disebabkan itu kita akan tengok ramai usahawan kita akan pergi ke pusat beli-belah Bumiputera lain di bawah Perbadanan Kemajuan Negeri Selangor (PKNS), Majlis Amanah Rakyat (Mara) atau Uda Holding Berhad (Uda).

Ini kerana pusat beli-belah ini menetapkan kadar sewa yang jauh lebih rendah dan mempunyai polisi dengan meletakkan jenama besar untuk menarik perhatian orang ramai ke premis mereka

Apakah usaha kerajaan untuk membantu ramai Bumiputera menembusi pasaran pusat beli-belah?

Jelas Azlin, selain suntikan dana dan kadar sewa rendah, faktor Bumiputera untuk bersaing dan komitmen dalam berniaga juga penting.

“Selain itu, perniagaaan mereka kena mantap, produk yang cantik, jika permintaan tinggi supply juga kena baik dan mampu bersaing dengan orang lain, ini semua antara faktor yang perlu diambil kira untuk menempatkan diri mereka dalam pusat beli-belah terkemuka,” katanya.

Azlin juga bersetuju dengan pelaksanaan kuota jumlah premis perniagaan milik Bumiputera di lokasi strategik diwujudkan kerana tidak ramai usahawan Bumiputera diberi peluang berada dalam pusat beli-belah.

Sewa tinggi dan faktor persaingan

Kredit: Harian Metro

Pendapat sama turut disuarakan Pengerusi Biro Keusahawanan dan Sosioekonomi Persatuan Pengguna Melayu Malaysia (PPMM) Mohd Afiq Salim berkata, walaupun ada antara pusat beli-belah dimiliki syarikat kerajaan negeri (GLC) namun peniaga Bumiputera dilihat masih kurang berkemampuan mendapatkan ruang perniagaan di premis berkenaan kerana kadar sewa yang dikenakan terlalu tinggi selain faktor persaingan.

“Contohnya di Kuala Lumpur City Centre (KLCC), penetapan standard yang tinggi untuk menjadi sebahagian daripada peniaga di pusat beli-belah eksklusif adalah salah satu faktor, peniaga Bumiputera biasanya berada di peringkat kedua selepas jenama besar lain.

Kerajaan juga perlu mewujudkan satu premium outlet khusus untuk jenama tempatan yang berkualiti tinggi sebagai hub untuk jenama kita dikenali ramai, tambahnya.

Kerajaan ambil maklum golongan Bumiputera masih rendah dari segi pemilikan premis perniagaan

Sebelum ini, Perdana Menteri yang juga Pengerusi Majlis Kemakmuran Bumiputera Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata, kerajaan sedia maklum golongan Bumiputera masih rendah dari segi pemilikan premis perniagaan di pusat beli-belah berprestij dan lokasi tumpuan pelancongan.

“Bagi menangani isu ini, kerajaan berhasrat menyemak semula pengurusan pusat beli-belah yang dimiliki GLC supaya diuruskan syarikat tempatan dalam memastikan peniaga tempatan khususnya Bumiputera dapat menjalankan perniagaan mereka di situ.

“Mesyuarat turut mencadangkan supaya kuota jumlah premis perniagaan milik Bumiputera di lokasi strategik diwujudkan selaras dengan usaha meningkatkan daya saing dan mengukuhkan ekonomi Bumiputera,” katanya.

Bagaimanapun, kuota itu akan diuruskan dengan cara telus dan adil supaya matlamat utama untuk membantu perniagaan Bumiputera yang layak dan berpotensi tercapai.

Kadar sewa mencecah puluhan ribu

Bagi peniaga Bumiputera, Abd Rahman Sulaiman, 58, yang berniaga kasut di Kompleks Emart, Jalan Pasar Pudu sejak 10 tahun lalu mengesahkan kadar sewaan yang terlampau tinggi mencecah puluhan ribu sebulan antara faktor utama kurangnya peniaga Bumiputera di lokasi tumpuan pelancong.

Selain itu persaingan dengan jenama terkenal dan juga peniaga warga asing juga menyebabkan peniaga Bumiputera perlu mengangkat ‘bendera putih’ lebih awal untuk bertahan.

Beliau juga mencadangkan jika kerajaan ingin membantu peniaga Bumiputera perlu suntikan dana atau meletakkan kadar sewa khas untuk Bumiputera.

MASAKAN TERBARU DARIPADA MYRESIPI

CERITA SENSASI DARIPADA BERITA HARIAN

To Top
SKIP THIS AD ×