keselamatan

Suka Boleh Bertukar Duka, Bahaya Tekan Muka Atas Kek Undang Risiko Tertusuk Lidi!

38
SHARES

Sambutan hari jadi sememangnya penuh dengan gelak ketawa dan suka ria. Aksi menolak muka ke atas permukaan kek sering dilakukan untuk memeriahkan ulang tahun kelahiran orang yang dirai, tapi perkongsian pengguna Facebook ini mungkin akan buat anda terkedu kerana bahana yang ramai daripada kita masih belum tahu.

BAHAYA TOLAK ATAU TEKAN MUKA ATAS KEK


Gambar yang dikongsikan oleh Ong Lip Qin Physiotherapist – Precise Rehab disertakan dengan nasihat kepada masyarakat untuk tidak melakukan aksi menolak atau menekan muka ke atas permukaan kek kerana kek bertingkat dan tinggi sebenarnya disokong oleh beberapa batang lidi yang agak tebal dan tajam. Bayangkan saja jika terkena mata atau mana-mana bahagian muka, kegembiraan tadi akan bertukar menjadi kedukaan dalam sekelip mata.


Perkongsian itu menjadi perhatian masyarakat sehingga mencapai 137000 kongsian dan rata-rata daripada mereka terkejut kerana tidak menyangkakan batang kayu yang tajam digunakan untuk menyokong sesetengah kek. Gambar di atas pula adalah perkongsian video daripada Youtube di mana gadis tersebut pengsan setelah kepalanya ditolak dengan kuat ke atas kek.


Budaya ini sering dilakukan di luar negara dan menjadi ikutan masyarakat negara kita pada hari ini. Selain daripada menekan muka ke atas kek, ada juga yang mengaup kek dengan laju untuk disapukan ke muka yang sebenarnya berisiko mencederakan tangan pula jika tertusuk.

Elakkan daripada melakukan aksi- aksi sedemikian, selain daripada dapat mengelak risiko tercedera, kita juga boleh mengelakkan pembaziran.

Sumber : Ong Lip Qin

MASAKAN TERBARU DARIPADA MYRESIPI

CERITA SENSASI DARIPADA BERITA HARIAN

To Top
SKIP THIS AD ×