Kes penceraian kian meningkat di Malaysia dan bagi anda yang tidak tahu, seorang suami wajib menyediakan tempat tinggal untuk isteri yang dicerainya sepanjang dalam tempoh iddah.
Hal ini seperti penjelasan peguam syarie, Nurul Atikah Abd Rashid bahawa para isteri yang terlibat dalam pencerian masih mempunyai hak-hak tertentu.
Baca juga: [VIDEO] “Kesian Dekat Anak-Anak…” Dah 34 Tahun Kahwin Baru Tahu Rupanya Tak Sah
ISTERI WAJIB SEDIA TEMPAT TINGGAL ISTERI SELEPAS BERCERAI
Tambahnya lagi, isteri tidak perlu keluar dari rumah di atas tuntutan nafkah iddah dan sekiranya si suami tidak dapat menyediakan tempat tinggal, isteri boleh membuat tuntutan nafkah di mahkamah syariah, lapor Kosmo Online.
“Sekiranya suami masih bertindak sedemikian, isteri boleh membuat tuntutan nafkah tersebut di mahkamah syariah termasuk tempat tinggal.
“Kemudian, si isteri juga boleh tuntut hak dalam harta sepencarian. Walaupun rumah itu tiada nama isteri, isteri tidak sumbang apa-apa duit, isteri masih layak untuk mendapatkan hak harta sepencarian daripada sumbangan tak langsung,” ujarnya.
Jelasnya, sumbangan tidak langsung itu adalah ketika isteri menjaga anak, makan minum suami, pakaian dan urusan rumahtangga sepanjang suami bekerja.
“Jadi, para suami jangan senang-senang halau isteri keluar dari rumah. Nafkah tempat tinggal anak juga masih dibawah tanggungan suami walaupun telah bercerai,” katanya.