Famili

“Suami Tak Nak Anak Ini…”- Lepas 5 Jam Dilahirkan Baru Bawa Ke Hospital, Ibu Tak Kisah Anak Meninggal Dunia

294
SHARES

Setiap pasangan suami isteri sudah tentunya mengimpikan untuk dikurniakan cahaya mata. Kehadiran cahaya mata dianggap sebagai pembawa rezeki serta menambah keharmonian keluarga. Berbicara mengenai cahaya mata, tidak semua orang dikurniakan rezeki untuk memiliki meskipun sudah bertahun-tahun kahwin.

Lain pula dengan kisah yang dikongsi oleh Dr Zakimi Abdulllah di mana seorang bayi pramatang disahkan meninggal dunia selepas diselamatkan. Lebih menyedihkan si ibu seolah-olah tidak bersedih dengan pemergiaan anaknya. Allahu…

Baca juga: [VIDEO] Nurse Cerita Ada Suami Tak Nak Tolong Tukar Pampers Isteri, Lesap Bila Disuruh!

LEPAS 5 JAM DILAHIRKAN BARU BAWA KE HOSPITAL

Jelas doktor itu, bayi tersebut dibawa ke hospital selepas 4 atau 5 jam dilahirkan dengan keadaan tali pusat masih belum dipotong. Ibu menjelaskan tidak mempunyai kenderaan untuk membawa anaknya hospital.

“Bos! Kami resus baby baru lahir, prem. 20 minit CPR!” ujar Dr Faizal (bukan nama sebenar).

“So, how is the baby now?” tanyaku ringkas sambil mendekati bayi tak cukup bulan itu.

“Tak dapat laa bos,” balas Dr Faizal sambil mengesat peluh di dahi.

“Innalillah” 

Bayi tersebut dilahirkan di rumah. Ibu tersebut membawa ke hospital selepas 4-5 jam bersalin. Tali pusat belum dipotong. Bila ditanya kenapa tak datang terus ke hospital. Ibu tersebut kata tiada kenderaan kerana tiada sesiapa di rumah.

“Kenapa puan tak call 999 mintak ambulans!”  tanya Dr Faizal.

“Terlupa” balas ibu sangat ringkas.

Aku hairan lagi.

“Suami dah tahu puan dah bersalin?” 

“Tahu” balas ibu sudah anak dua.

Ternyata, si suami tidak mahu menerima kehadiran bayi itu kerana tidak sanggup menanggung anak yang sudah terlalu ramai.

Aku semakin hairan. Mesti ada yang tak kena. Setelah diberitahu keadaan bayinya yang dah tak dapat diselamatkan, namun ibu itu seolah takde perasaan apa-apa.

“Sebenarnya, saya dan suami takmau anak ini. Suami tak mau tanggung ramai” 

Akhirnya ibu baru bersalin itu memberitahu keadaan sebenar. Katanya dia dan suami sebenarnya tak mahu anak itu. Anggaran jangka masa mengandung dalam 28-30 minggu dan belum ‘booking’ (tiada buku pink).

Sebenarnya aku sering juga dapat kes sebegini. Kehamilan yang tak diingini. Allahu. Sadis! Jika pasangan masih belum bersedia untuk menambah cahaya mata atas sebab-sebab tertentu lebih baik pergi berbincang dengan doktor untuk tujuan perancangan keluarga. Banyak kaedahnya.Jangan buat begini setelah hamil. Kesian bayi dalam kandungan. Allahu.

‎”Dan janganlah kamu membunuh anak-anakmu kerana takut miskin. Kamilah yang akan menanggung rezeki mereka dan juga (rezeki) bagimu.” (Surah Al-Israa’ : Ayat 31)

Ingatlah janji Allah.

Sumber: Facebook Dr Zakimi Abdulllah

MASAKAN TERBARU DARIPADA MYRESIPI

CERITA SENSASI DARIPADA BERITA HARIAN

To Top
SKIP THIS AD ×