Famili

[VIDEO] Nurse Cerita Ada Suami Tak Nak Tolong Tukar Pampers Isteri, Lesap Bila Disuruh!

212
SHARES

Tugas sebagai jururawat antara kerjaya mencabar dan banyak memberi tekanan kepada mereka namun tetap perlu dilalui demi memastikan amanah yang digalas dengan penuh bertanggungjawab dan sentiasa bersabar. Selain melayan dan menjaga pesakit, jururawat juga perlu melayan kerenah ahli keluarga dan itu merupakan perkara paling mencabar perlu dihadapi.

Hal ini sama seperti perkongsian seorang jururawat di laman TikTok yang sempat berkongsi pengalaman apabila kerap disuruh menukar pampers patient meskipun itu bukan tugas hakiki mereka. Macam-macam yang jadi! Aduh…

Baca juga: [VIDEO] “Terima Kasih Untuk 10 Tahun…”- Netizen Sebak Perkongsian Video Sahabat Meninggal Dunia

NURSE CERITA ADA SUAMI TAK NAK TOLONG TUKAR PAMPERS ISTERI

Menerusi perkongsian Athirah, selain kisah anak yang sering mengabaikan ibu bapa, sering juga terjadi si suami tidak mahu tolong menukar pampers si isteri. Jelasnya, suami sering lesap dan ‘hilang’ apabila tiba masa untuk menukar pampers atau membersihkan diri.

Lazimnya kita tahu seorang isteri akan sanggup berkorban menukar pampers si suami bagaimanapun adakah si suami sanggup melakukan perkara itu? Menurut penjelasan jururawat itu, terlalu ramai suami yang tidak mahu menolong dan menukar pampers isteri.

“Kami tahu kerja kami. Kita kena tahu tanggungjawab kita okay?” jelasnya.

Menjengah ke ruangan komen, rata-rata warganet meluahkan rasa sedih dan kecewa apabila mendengar pengalaman yang dikongsi oleh Athirah.

Ada juga yang meluahkan rasa syukur kerana dapat menjaga arwah suami dan tidak menyuruh jururawat mencuci atau membersihkan najis. Alhamdulillah.

*Apa-apa pun tak salah kalau kita nak membantu memudahkan tugas jururawat. Betul tak?

Sumber: TikTok Athirah Rahmat

MASAKAN TERBARU DARIPADA MYRESIPI

CERITA SENSASI DARIPADA BERITA HARIAN

To Top
SKIP THIS AD ×