Famili

[VIDEO] “Terima Kasih Untuk 10 Tahun…”- Netizen Sebak Perkongsian Video Sahabat Meninggal Dunia

44
SHARES

Insan yang berada di sisi kita tidak kira sama ada dalam keadaan susah mahupun ketika senang. Itulah yang dipanggil sahabat. Semua orang pastinya mempunyai sahabat. Sahabat diumpamakan mentari yang menyinar.

Tanpa sahabat, kosonglah jiwa kita. Ikatan persahabatan pasti terjalin dengan janji-janji mahu sehidup semati dan tidak bergaduh. Hal ini sama seperti perkongsian sebak di laman TikTok yang kehilangan rakan baiknya. Sebak!

Baca juga: [VIDEO] Setiap Kali Check UPT Mesti Negatif, 8 Tahun Penantian Akhirnya Hamil!

NETIZEN SEBAK PERKONGSIAN VIDEO SAHABAT MENINGGAL DUNIA

Menerusi perkongsian video berdurasi kurang satu minit itu, pengguna TikTok bernama Mirae meluahkan rasa sebak kehilangan sahabat tersayang. 10 tahun kenangan bersama ternyata sungguh berat untuk ‘melepaskan’ sahabat tercinta pergi menghadap Illahi.

Meskipun berat dan pahit untuk diterima namun kehidupan perlu diteruskan. Mirae dan arwah rakannya, Ain, turut berjanji untuk hidup berjiran apabila mereka mendirikan rumah tangga kelak.

Dalam video tersebut, Mirae juga berkongsi tangkap layar mesej Whatsapp yang dihantar oleh arwah Ain meminta maaf dan mohon halalkan segala makan dan minum sepanjang 10 tahun perkenalan mereka. Alahai….

Menjengah ke ruangan komen, Mirae menjelaskan sahabatnya pergi akibat dijangkiti wabak Covid-19 kategori 5. Dia menzahirkan ribuan terima kasih kerana mendoakan sahabat tercintanya.

VIDEO PENUH:

“SEMOGA ARWAH TENANG DI SANA…”

Perkongsian video tersebut sudah tentunya turut mengundang sebak netizen. Rata-rata mereka mengucapkan takziah dan mendoakan arwah sentiasa tenang selain ditempatkan di kalangan orang beriman.

Bukan itu sahaja malah netizen turut menangis dan seolah-olah memahami apa yang dirasai oleh Mirae. Sahabat sahaja sehingga ke syurga. InsyaAllah.

*Semoga ditempatkan dalam kalangan orang beriman. Amin…

Sumber: TikTok Mirae

MASAKAN TERBARU DARIPADA MYRESIPI

CERITA SENSASI DARIPADA BERITA HARIAN

To Top
SKIP THIS AD ×