Famili

[VIDEO] Setiap Kali Check UPT Mesti Negatif, 8 Tahun Penantian Akhirnya Hamil!

14
SHARES

Impian untuk memiliki zuriat sudah tentunya harapan setiap pasangan berkahwin namun bukan semua orang ditakdirkan dapat memilki anak selepas berkahwin atau di awal usia perkahwinan.

Setiap orang dikurniakan rezeki berbeza-beza dan kita sebagai hambaNya harulah sentiasa bersyukur dan percaya dengan rezeki yang ditetapkan seperti perkongsian seorang doktor di lama TikTok. Ikuti perkongsian sebak dan memilukan di bawah…

Baca juga: [VIDEO] Disangka Sakit Perut, Wanita Tanpa Sedar Hamil 9 Bulan Selamat Bersalin

SETIAP KALI CHECK UPT MESTI NEGATIF, 8 TAHUN PENANTIAN

Melalui video dikongsi oleh Dr Nasrah di laman TikTok, seorang ibu datang ke klinik untuk scan rahim kerana sudah lapan tahun berkahwin tetapi belum diberi rezeki untuk memiliki zuriat.

Jelas doktor dalam video tersebut, ibu itu datang kerana setiap kali melakukan ujian UPT pasti keputusan yang ditunjukkan negatif sehingga menyebakan dia berasa kecewa dan tekad untuk scan rahim di klinik.

Sejurus sahaja siap, doktor menjelaskan ibu tersebut disahkan hamil setelah 8 tahun penantian dan itu merupakan berita gembira buat kedua-dua mereka.

“Tahniah, puan pregnant. Ini gambar baby puan. Saat kita merasa kecewa dan letih, ingatlah perancangan Allah itu sangat indah. Tidak pernah terlalu awal atau lewat. Tepat dan sangat indah pada waktunya,” jelas doktor itu.

“ALHAMDULILLAH TAHNIAH…”

Menjengah ke ruangan komen, rata-rata ibu di luar sana turut meluahkan rasa yang sama seperti dialami oleh ibu tersebut. Ada juga yang sudah 4 tahun berkahwin tetapi belum dikurniakan anak kerana rahim agak kecil.

Sumber: TikTok Dr Nasrah

MASAKAN TERBARU DARIPADA MYRESIPI

CERITA SENSASI DARIPADA BERITA HARIAN

To Top
SKIP THIS AD ×