Inspirasi

Suami Strok Tak Boleh Jalan, Isteri Cekal Jaga Walaupun Hidap Kanser & Sakit Buah Pinggang

4.3K
SHARES

Kehidupan suami isteri umpama pakaian yang saling melengkapi dan menutup kelemahan. Sama seperti perkongsian seorang wanita di TikTok yang harus menempuh dugaan apabila suaminya diserang strok. Video perkongsian Auni Muthalib itu menerima komen positif daripada warganet yang turut bersimpati dan memuji ketelusan cinta yang jelas dapat dilihat melalui video tersebut.

Baca juga: [VIDEO] “Tak Sangka Lambaian Atas Ambulans Adalah Lambaian Terakhir Abah…”

SUAMI STROK TAK BOLEH JALAN, ISTERI REDA HADAPI DUGAAN

Menerusi video yang dikongsi itu, setiap kali Auni akan ke dialisis, dia akan membantu suaminya untuk berdiri dan masuk ke dalam kereta untuk dibawa bersama. Menurut wanita cekal itu, dia menghidapi sakit buah pinggang dan kanser yang kadang-kala akan menyebabkan badanya lesu dan kepenatan.

“Jalani semua ujian dengan hati yang sangat terbuka,” luahnya.

Tambahnya lagi, meskipun mengambil masa selama empat jam untuk menjalani dialisis tersebut, suaminya tetapi setia menunggu hingga selesai tanpa merunggut.

“HARGAI PASANGAN KETIKA MASIH ADA,,”

Kecekalan pasangan suami isteri ini telah membuka mata warganet untuk sentiasa bersyukur dan menghargai pasangan meskipun tidak sempurna seperti yang diidamkan. Sehingga kini video yang memberi kesan hati warganet telah menerima 306,300 tontonan.

Semoga kita dijodohkan dengan pasangan yang menerima kekurangan dan tidak menjadikan kekurangan sebagai alasan untuk berpisah.

Sumber: TikTok Auni Muthalib

MASAKAN TERBARU DARIPADA MYRESIPI

CERITA SENSASI DARIPADA BERITA HARIAN

To Top
SKIP THIS AD ×