Famili

Suami Penggal Kepala Isteri Guna Pisau Potong Daging Hingga Putus

141
SHARES

Gara-gara cemburu seorang lelaki di Kemboja sanggup memenggal kepala isterinya menggunakan pisau pemotong daging. Lelaki berkenaan didakwa sering bersikap kasar terhadap mangsa dan cemburu setelah menuduhnya berbual dengan lelaki lain di telefon.

Dia menyerang isterinya dengan mengelar leher mangsa menggunakan pisau dapur sehingga kepala mangsa terputus pada Jumaat minggu lalu.

Baca juga: Bukan Perut Kembung Biasa, Rupanya Ada Janin Dalam Perut Bayi Usia 40 Hari!

SUAMI PENGGAL KEPALA ISTERI GUNA PISAU POTONG DAGING

Menurut laporan Daily Star, Phuong Ratha, 27, berpindah ke sebuah bilik sewa di Phnom Penh, Kemboja bersama pasangannya, Ly Srey Nouch, 23, dan anak lelaki mereka yang berusia setahun pada Februari lalu untuk memulakan hidup baharu.

Phuong seterusnya menyumbat kepala Ly di dalam guni lalu menunggang motosikal untuk membuangnya di kawasan tanah terbiar berhampiran rumah mereka.

Jiran pasangan itu, Phan Sreyphet, 48, yang memeriksa mereka pada hari kejadian terkejut setelah menemui tubuh mangsa tanpa kepala terbaring di atas lantai jubin putin dengan berlumuran darah.

Pisau yang dijadikan senjata pembunuhan ditemui di sebelah mayat dengan helaian rambut Ly kelihatan pada bilahnya.

Polis segera melancarkan gerakan memburu suspek sebelum menemuinya petang Sabtu lalu di kampung halamannnya di wilayah Takeo.

Timbalan Pesuruhjaya Perancangan Jenayah Polis Perbandaran Phnom Penh, Leftenan Jeneral Song Ly berkata, tindakan lelaki itu telah didorong oleh perasaan cemburu. Suspek hadir di Mahkamah Perbandaran Phnom Penh pagi semalam di mana dia ditahan reman untuk dijatuhi hukuman

Sumber: Daily Star

MASAKAN TERBARU DARIPADA MYRESIPI

CERITA SENSASI DARIPADA BERITA HARIAN

To Top
SKIP THIS AD ×