Famili

Bukan Perut Kembung Biasa, Rupanya Ada Janin Dalam Perut Bayi Usia 40 Hari!

21
SHARES

Satu kes perubatan yang sangat jarang berlaku direkodkan di daerah Motihari, negeri Bihar, India apabila janin ditemui membesar di dalam perut seorang bayi berusia 40 hari.

Bayi itu pada mulanya dibawa ke Pusat Perubatan Rahmania di Motihari untuk menerima rawatan kerana disangka mengalami masalah kembung perut dan tidak dapat membuang air kecil dengan lancar.

Baca juga: Gara-Gara Taksub Dengan Anime, Ayah Letak Nama Anak Naruto

BUKAN PERUT KEMBUNG BIASA, RUPANYA ADA JANIN

Menurut laporan NDTV, Untuk mengetahui sebab perut kembung dan air kencing terhenti, Dr Tabrez Aziz dari Pusat Perubatan Rahmania telah memeriksa bayi itu dengan melakukan imbasan tomografi berkomputer (CT) bagi mengenal pasti punca sebenarnya.

Apa yang lebih mengejutkan apabila keputusan ujian mendapati terdapat janin di dalam perut bayi itu. Beliau berkata, kes seperti itu sangat jarang berlaku dengan kebarangkalian satu dalam setiap lima juta pesakit.

“Satu anomali perubatan yang jarang berlaku telah terbongkar di mana janin dilihat membesar di dalam perut bayi berusia 40 hari.

“Ia dipanggil fetus di dalam fetus. Bayi itu telah menjalani pembedahan membuang janin dan berada dalam keadaan stabil,” ujarnya.

Bayi itu kini dilaporkan sudah sihat dan sudah dibenarkan keluar dari hospital.

Sumber: NDTV

MASAKAN TERBARU DARIPADA MYRESIPI

CERITA SENSASI DARIPADA BERITA HARIAN

To Top
SKIP THIS AD ×