Famili

Gara-Gara Taksub Dengan Anime, Ayah Letak Nama Anak Naruto

30
SHARES

Seorang bapa tunggal di Filipina, baru-baru ini, nekad menamakan anak lelakinya, Naruto Uzumaki Namikaze Maribojo gara-gara obses dengan karekter anime.

Nama itu dipilih kerana Jamesey Bolivar Maribojo, 29, dari bandar Davao adalah peminat tegar karakter Naruto sehingga bersungguh-sungguh meyakinkan bekas pasangannya yang hamil untuk menamakan anak mereka dengan watak popular itu.

Baca juga: Lelaki Hilang Jari Manis Akibat Cuba Bermain Dengan Singa

GARA-GARA TAKSUB DENGAN ANIME, AYAH LETAK NAMA ANAK NARUTO

Menurut laporan Oddity Central, idea itu turut dipersetujui bekas pasangannya, namun Jamesey tidak berhenti di situ kerana turut meletakkan nama keluarga Naruto pada hujung nama anaknya.

“Saya sentiasa menjadi peminat setia anime itu, sejak awal lagi. Jika kamu tahu Naruto: Shippuden, ceritanya mengenai seorang kanak-kanak lelaki yang membesar tanpa keluarga.

“Bagaimanapun, saya tidak berpuas hati dengan hanya menamakan dia Naruto jadi masukkan sekali nama keluarga ibu (Naruto), Kushina Uzumaki dan bapa (Naruto), Minato Namikaze,” jelasnya.

Idea itu ditentang oleh keluarga Jamesey tidak bersetuju dengan pilihan nama untuk bayinya itu kerana sukar bagi Naruto untuk menulis dan menyebut namanya serta kemungkinan akan dibuli oleh kanak-kanak lain.

“Pada mulanya, tiada siapa yang percaya itu nama penuhnya kerana saya terus memanggilnya Naruto. Ramai yang bertanya kepada saya sama ada itu nama sebenarnya,” katanya.

Ayah muda itu berkata, jika dia mempunyai anak lelaki lagi, kemungkinan besar dia akan menamakannya dengan nama musuh kepada Naruto iaitu Sasuke Uchiha.

Sumber: Oddity Central

MASAKAN TERBARU DARIPADA MYRESIPI

CERITA SENSASI DARIPADA BERITA HARIAN

To Top
SKIP THIS AD ×