Famili

Lelaki Hilang Jari Manis Akibat Cuba Bermain Dengan Singa

9
SHARES

Seorang kakitangan sebuah zoo di Jamaica berdepan dengan detik-detik cemas apabila jarinya digigit seekor singa melalui jeriji kandang haiwan.

Menerusi video itu, lelaki tersebut pada awalnya cuba menyentuh seekor singa yang berada di dalam kandang seolah-olah sedang bermain dengannya.

Baca juga: Suami Kantoi Ada Perempun Lain, Isteri Serang Skandal Di Jalan Raya

LELAKI HILANG JARI MANIS AKIBAT CUBA BERMAIN DENGAN SINGA

Memetik laporan Metro UK, jelas kelihatan lelaki tersebut pada mulanya hanya cuba untuk menyentuh seekor singa dan dia berkali-kali berjaya mengelak tangannya daripada diterkam.

Walaubagaimanapun, singa itu kemudian bertindak agresif dan menyerang serta mengigit jari lelaki berkenaan. Lelaki itu sedaya upaya cuba untuk menarik namun tidak berjaya dan kehilangan seluruh bahagian jari manis pada tangan kanannya.

Saksi memberitahu akhbar Jamaica Observer bahawa mereka menyaksikan kejadian tersebut semasa lawatan pada petang kelmarin.

“Jelas sekali apabila dia terjatuh ke tanah, semua orang menyedari bahawa ia adalah seirus. Semua orang mula panik.

“Seluruh kulit dan sendi pertama jarinya hilang. Saya melarikan diri dari tempat kejadian kerana trauma melaihat darah,” jelas seorang saksi.

Tambahnya, lelaki itu berjalan menghampiri sebuah kenderaan sebelum pergi meninggalkan tempat itu tanpa menunjukkan kesakitan dan membuatkan penonton terpegun.

Sumber: Metro UK

MASAKAN TERBARU DARIPADA MYRESIPI

CERITA SENSASI DARIPADA BERITA HARIAN

To Top
SKIP THIS AD ×