Famili

Suami Ditahan Polis, Ibu Bimbang Nak Besarkan 22 Orang Anak Sendirian

90
SHARES

Seoang wanita yang dikenali sebagai Kristina mempunyai seramai 22 anak dan mengimpikan untuk mempunyai 105 anak kini berdepan situasi sukar  apabila terpaksa membesarkan anaknya secara bersendirian.

Kristina merupakan bekas penari dan mempunyai 22 anak biologi yang dilahirkan dengan kaedah ibu tumpang. Difahamkan suaminya, Galip Ozturk yang memiliki syarikat bas antara bandar Metro Turizm ditahan oleh pihak berkuasa dan didakwa terlibat dengan pengubahan wang haram.

Baca juga: Remaja 17 Tahun Campak Bayi Baru Lahir Dari Tingkat Lima

IBU BIMBANG NAK BESARKAN 22 ORANG ANAK SENDIRIAN

Memetik laporan Daily Star, Galip melarikan diri ke Georgia pada tahun 2o18 selepas mahkamah rayuan meluluskan hukuman penjara seumur hidup kepadanya kerana ertindak mengarahkan pembunuhan terhadap seorang lelaki pada 1996.

Ujar jurucakap Kementerian Kewangan, Nato Natroshvili dalam satu kenyataan akhbar lelaki berusia 57 tahun itu telah ditahan atas tuduhan pengubahan wang haram dan pemalsuan dokumen.

Menerusi perkongsian saluran TV Mtavari memaparkan rakaman pasukan khas yang bertindak menyerbu sebuah hotel yang dimiliki suspek.

Kristina sering berkongsi gambar mereka dan anak-anak di Instagram. Dia menceritakan keperitan yang terpaksa dilalui selepas suaminya ditahan. Difahamkan, pasangan ini membelanjakan 138,000 Pound Sterling (anggaran RM748,000) kepada ibu tumpang bagi mempunyai 20 bayi bersama dalam masa setahun.

Dalam tempoh setahun, sebanyak 67,700 Pound Sterling (anggaran RM367,132)  digunakan untuk membayar 16 pengasuh yang menjaga bayi mereka 24 jam dan lebih kurang 4,000 Pound Sterling (anggaran RM21,690) seminggu bagi menampung barangan keperluan bayi.

Sumber: Daily Star

MASAKAN TERBARU DARIPADA MYRESIPI

CERITA SENSASI DARIPADA BERITA HARIAN

To Top
SKIP THIS AD ×