Famili

Remaja 17 Tahun Campak Bayi Baru Lahir Dari Tingkat Lima

11
SHARES

Seorang remaja berusia 17 tahun dari dari Bandar Raya New York, didakwa atas tuduhan membunuh selepas didapati mencampak  anak lelakinya yang baru lahir dari tingkap tingkat lima.

Remaja dengan identiti tidak didedahkan itu dilaporkan pergi ke Hospital Lincoln dan mengaku telah melahirkan anak di apartmennya di East 158th Street.

Baca juga: Bayi Dilahirkan Mempunyai Saiz Tangan Sama Dengan Kuku Orang Dewasa, Hanya Berat 400 Gram

REMAJA 17 TAHUN CAMPAK BAYI BARU LAHIR

Kakitangan hospital menghubungi pihak polis dan mereka bergegas ke rumahnya. Dia memberitahu pegawai bahawa dia telah melahirkan anak di dalam apartmennya, lapor Wion News.

Pihak berkuasa yang menggeledah kawasan itu kemudian menemui bayi berkenaan dalam keadaan tidak sedarkan diri di dalam sebuah petak hiasan bunga, kata polis.

Siasatan lanjut mendapati gadis itu telah mencampak bayi lelakinya keluar dari tingkap di tingkat lima apartmen itu dan kemudian terjatuh ke dalam petak hiasan bunga tersebut pada bahagian luar bangunan itu.

Pada April lalu, polis mengesahkan bahawa kematian bayi tersebut adalah disebabkan oleh pembunuhan dan bukannya meninggal dunia ketika dilahirkan. Setelah siasatan selesai, gadis itu telah ditahan pada Khamis lalu dan didakwa atas tuduhan membunuh.

Sumber: Wion News

MASAKAN TERBARU DARIPADA MYRESIPI

CERITA SENSASI DARIPADA BERITA HARIAN

To Top
SKIP THIS AD ×