Kini Trending

Strim Secara Langsung Anugerah Tahunan Grammy Ke-64 Di Tonton & Siaran Tertunda Di 8TV!

11
SHARES

Kini, anda berpeluang menyaksikan Anugerah Grammy Ke-64, dari MGM Grand Garden Arena, Las Vegas, yang akan di strim secara langsung dalam HD oleh tonton pada 4 April 2022, pukul 8.00 pagi waktu Malaysia.

Malah, bagi anda yang terlepas menyaksikan strim secara langsung anugerah muzik berprestij itu, anda juga boleh melihat siaran ulangan di 8TV pukul 1.00 tengah hari, pada hari yang sama.

Baca juga: #BilaHatiMemilihDia Gandingan Eyka Farhana & Aedy Ashraf Dalam Drama Terbaru TV3, Kena Tengok!

STRIM SECARA LANGSUNG ANUGERAH TAHUNAN GRAMMY KE-64 DI TONTON & SIARAN TERTUNDA DI 8TV!

Selain akan dihoskan oleh Trevor Noah daripada “The Daily Show”, penonton juga bakal dihidangkan dengan persembahan daripada pelbagai artis yang tercalon dalam anugerah ini antaranya BTS, Brandi Carlile, Billie Eilish, Lil Nas X bersama Jack Harlow, dan Olivia Rodrigo.

CALON ANUGERAH GRAMMY KE-64

Gambar: Live Nation

Foo Fighters yang pernah memenangi 12 Anugerah Grammy sebelum ini, turut tercalon dalam 3 kategori pada tahun ini iaitu Best Rock Performance (“Making A Fire”), Best Rock Song (“Waiting On A War”), dan Best Rock Album (Medicine At Midnight).

Gambar: Allkpop

Sementara itu, BTS tercalon dalam kategori Best Pop Duo/Group Performance untuk lagu “Butter” bersaing dengan Tony Bennett & Lady Gaga (“I Get A Kick Out Of You”), Justin Bieber & Benny Blanco (“Lonely), Coldplay (“Higher Power”), dan Doja Cat Featuring SZA (“Kiss Me More”).

Gambar: David Fisher/Shutterstock

Pemenang 4 kali Anugerah Grammy sebelum ini H.E.R., turut tercalon dalam 8 kategori untuk tahun ini menerusi Album Of The Year (Back Of My Mind), Song Of The Year (“Fight For You”), Best R&B Performance (“Damage”), Best Traditional R&B Performance (“Fight For You”), Best R&B Song (“Damage”), Best R&B Album (Back Of My Mind), Best Contemporary Christian Music Performance/Song (“Hold Us Together (Hope Mix)”) bersama Tauren Wells, dan Best Song Written For Visual Media (“Fight For You [From Judas And The Black Messiah]”).

Jangan lupa temujanji anda untuk menyaksikan Anugerah Grammy Ke-64 secara HD LIVE pada 4 April menerusi www.tonton.com.my pada pukul 8.00 pagi dan siaran tertunda di 8TV pada pukul 1.00 tengah hari.

MASAKAN TERBARU DARIPADA MYRESIPI

CERITA SENSASI DARIPADA BERITA HARIAN

To Top
SKIP THIS AD ×