Famili

Stress Bila Kulit Asyik Kering & Gatal? Produk Suu Balm Ini Berkesan Bagi Membantu Masalah Anda!

55
SHARES

Orang yang ada kulit sensitif mesti kadang-kadang rasa tertekan kan? Lagi-lagi kalau kulit dah start naik ruam, gatal, kering sampai rasa nak terbakar. Ianya boleh terjadi akibat makanan, gigitan serangga, alergik peluh dan juga bila cuaca dan udara terlampau kering sehingga buat kita rasa tidak selesa.

Penyakit kulit ini boleh dielakkan sekiranya anda menjaga kebersihan tubuh badan anda tau! Selain itu, pemilihan produk yang betul juga boleh membantu dalam menyelesaikan masalah yang anda alami. Ha…jangan risau, jom kami kongsikan produk apa yang sesuai untuk anda dan juga kelebihannya!

Hadir dalam 2 jenis produk

Buat anda yang tercari-cari produk yang sesuai, Suu Balm adalah solusi terbaik! Ia tersedia dalam dua variasi yang berbeza iaitu Suu Balm Dual Cooling & Moisturising Cream Body Wash dan Suu Balm Rapid Itch Relief Moisturiser.

Kedua-kedua produk ini sangat sesuai bagi yang mengalami kulit sensitif dan kering serta menjadikan kulit anda lebih lembut, lembap dan segar.

Sesuai untuk pembersihan lembut pada kulit anda

Untuk pengetahuan anda, Suu Balm Dual Cooling & Moisturising Cream Body Wash sangat membantu dimana ia sangat sesuai untuk pembersihan lembut pada kulit sensitif dan kering.

Produk ini menggunakan bahan-bahan yang tidak berbahaya seperti sodium lauroyl methyl yang menggantikan sabun, SLS dan juga SLES serta bebas pewangi dan pengawet. 

Bukan tu saja, ia juga mengandungi 5 jenis bahan pelembap termasuk butyrospermum parkii iaitu shea butter, hydroxyacetophenone, caprylic, betaine, sodium hyaluronate dan sedikit menthol yang akan memberikan efek segar dan tenang bila anda memakainya. 

Dapat memberikan kelegaan & membantu melembapkan kulit

Selain produk pembersihan, Suu Balm Itch Relief Moisturiser juga ada dan ia direka khas bagi anda yang mempunyai kulit yang kering dan gatal. Jadi, dengan menggunakan krim ini, ia dapat membantu melegakan rasa gatal-gatal itu sepantas 5 minit saja!

Ini kerana ia mempunyai bahan-bahan penting seperti mentol semulajadi dan ceramide yang berfungsi menyejukkan, melembapkan serta memperbaiki penghadang kulit.

Kedua-dua bahan penting ini sangat efektif dalam menghentikan kitaran atau tabiat menggaru setiap kali rasa gatal-gatal sekaligus mengelak kerosakan lebih teruk pada kulit. Paling menarik, krim pelembap Suu Balm ini juga mempunyai formula yang ringan, lembut dan mudah menyerap tanpa buat anda rasa melekit.

Diformulasikan oleh pakar perunding dermatologi, Dr Tey Hong Liang

Sementara itu, produk ini telah diformulasikan sendiri oleh pakar perunding dermatologi, Dr. Tey Hong Liang dari National Skin Centre, Singapura tau! Jadi, anda tak perlu risau lagi sebab mereka menggunakan bahan yang berkualiti tinggi yang dipilih khas. 

Produk Suu Balm adalah pilihan yang tepat. Jom cuba!

Haa…tunggu apa lagi tu? Orang dewasa yang mudah terkena alahan kulit, ruam-ruam gatal ataupun golongan warga emas yang berdepan dengan kondisi kulit kering akibat kesan sampingan pengambilan ubat-ubatan tu, bolehlah cuba produk Suu Balm ni.

Paling best, ada potongan rebat segera RM8 kalau anda membuat perbelanjaan minimum RM88 dan juga potongan RM28 dengan perbelanjaan minimum RM228 tau! Jadi, jangan lepaskan peluang ini ya. Memang pilihan yang tepat untuk anda. 

Untuk maklumat lanjut, layari laman web Suu Balm dan dapatkan produk ini sekarang di kedai dan farmasi berdekatan anda seperti Watsons, Caring Pharmacy, My Pharmacy, Georgetown Pharmacy, HTM Pharmacy, Health Lane Pharmacy, Multicare Pharmacy dan Alpro Pharmacy.

MASAKAN TERBARU DARIPADA MYRESIPI

CERITA SENSASI DARIPADA BERITA HARIAN

To Top
SKIP THIS AD ×