Didik

‘Special Time’ Dengan Anak, Ini Sebabnya Kenapa Anda Perlu Bermain Dengan Anak Dahulu Sebelum Tidur!

3K
SHARES

Selalu kalau sebelum tidurkan anak tu, apakah aktiviti yang anda lakukan bersama mereka? Sebenarnya, aktiviti bersama anak-anak sebelum mereka masuk tidur adalah penting, contohnya bermain bersama mereka dahulu. Hal ini kerana aktiviti sebegini dapat memberikan tidur yang lebih lena dan berkualiti. Bukan itu sahaja, aktiviti sebelum tidur ini juga dapat membantu untuk menguatkan lagi hubungan antara ahli keluarga. Tak percaya? Jom kita baca penerangan dari pakar ini.

www.youtube.com

MAIN SEBELUM TIDUR?

Ramai yang tak sedar tidur ada kaitan rapat dengan tahap emosi seseorang. Tak kira berapa banyak signal tidur yang ada , contohnya: lampu telah dipadam, bantal dan tilam empuk sudah disediakan, aircond/kipas sudah pada suhu nyaman..selagi emosi seseorang ‘tak selesai’, untuk terlelap apa lagi lena memang sangat sukar untuk didapatkan. Buktinya? Baik. Ingat kembali ketika anda dilanda emosi yang kuat seperti sangat sedih, takut, cemas,terlampau seronok dan sebagainya. Contohnya ketika esok adalah hari keputusan SPM anda diumumkan. Boleh kah anda lena dengan mudah?. Saya pasti ramai yang kata tidak (yang lena sebab tau mesti dapat 9A tu tak tahu lah ye huhu). Kita resah gelisah dan banyak fikir hingga susah mata nak terlelap.

http://valleysleepcenter.com/

Ok sekarang cuba ingat ketika ahli keluarga atau rakan baik yang dah bertahun-tahun tak jumpa, kini datang bermalam di rumah anda untuk menghabiskan cuti bersama-sama. Aduhai..dari mula orang tu masuk rumah sampai masing-masing sudah berbaring di katil, tak habis-habis kita bercerita itu dan ini, mengimbau kenangan, bertanya kabar dan mula korek rahsia masing-masing kan?. Sedar-sedar dah pukul 3 pagi!. Haih..rasa macam tak nak tidur langsung betul tak?

www.sassymamasg.com

Itu semua bukti bagaimana emosi sangat mempengaruhi betapa mudah seseorang nak terlelap dan lena pula tidurnya.
Sama halnya dengan anak kecil. Bayangkan seharian tak nampak ibu dan ayah, dijemput pulang ketika matahari hampir terbenam dan kini tiba-tiba,2-3 jam selepas berjumpa sudah digesa-gesa anak itu untuk tidur. Sudahlah sejak berjumpa si ibu asyik ke hulu ke hilir membereskan hal diri dan rumah yang macam-macam, belum puas anak melepas rindu tiba-tiba sudah di gesa tidur?. Bila anak ‘melawan’ tidur: masih mahu berlari-lari keliling rumah yang dirindui, masih mahu panjat-panjat di badan ibu atau menangis enggan ditidurkan, ibu tak faham dan mula ingat anak saja buat perangai. Fahamkah ibu emosi anak belum selesai? Fahamkan ibu rindu anak belum lerai?. Berlari-lari,panjat memanjat, bergolek keliling tilam, main sembur-sembur air liur sendiri malah menangis adalah cara anak yang belum ‘selesai’ emosinya untuk melepas ‘stress’ atau me’rileks’kan diri sebelum tidur.

www.sassymamasg.com

Ibu, sekarang anda tahu kenapa. Anda adalah puncanya anak enggan tidur. Tak banyak bezanya jika anda adalah suri rumah yang sibuk mengurus hal rumah hingga tiada masa fokus sedikit masa hanya untuk anak. Sebelum anak masuk tidur malam, luangkan sekurang-kurangnya 15-20 minit ‘special time’ untuk anak. ‘Special time’ bermaksud 100% fokus pada anak: tidak sibuk sambil membalas whatsapp, tidak sambil menonton tv, tidak sambil bercakap-cakap dengan suami/isteri dan lain-lain. Jasad, minda dan hati ibu/ayah 100% bersama anak dan buat perkara yang anak suka. Contohnya, bercerita, membaca buku, malah bermain!. Siapa kata tak boleh main sebelum tidur? Jika anda tiada masa lain untuk bermain dengan anak selain waktu malam, jadi mengapa pula tak boleh main sebelum tidur?. Mana-mana konsultan tidur yang baik akan membenarkan hal ini kerana mereka faham kaitan kuat emosi terhadap tidur.

vi.aliexpress.com

Minta anak pilih permainan yang dia suka dan sesuai. Contoh biasa? Main pukul bantal (pillow fight), main sorok-sorok atau main kuda-kuda. Tipnya,ibu atau ayah pura-pura kalah dengan anak sekali-sekala semasa bermain. Iaitu pura-pura terjatuh bila lawan pillow fight dengan anak atau sengaja sorok ditempat yang mudah agar anak rasa bangga betapa cepatnya anda dijumpai. Anak bukan saja seronok,tapi rasa puas, bangga dan ‘penuh’ hatinya kerana masih diutamakan dan tidak dilupakan dalam kesibukan ibuayahnya. ANAK KINI ‘SELESAI’ EMOSINYA UNTUK TIDUR. Percayalah, mereka lebih mudah terlena dan tak lagi menolak untuk masuk tidur. Maklumkan juga had masa bermain dan elakkan menghentikan aktiviti secara tiba-tiba kerana ia merosakkan ‘mood’. Berkatalah contohnya “Ok kita main sampai pukul 10 malam je ye lepas tu kita tidur” atau ” kita main 4 round je lepas tu tidur ye”.

http://www.huffingtonpost.com/

Ye mungkin ada yang cakap: orang kata jangan main sebelum tidur,nanti anak mengigau. Baik, jawabnya, anak yang mengigau/meracau dalam tidur adalah anak yang kacau emosinya. Ibubapa carilah puncanya. Siasatlah dengan pengasuhnya. Cari tahu apa yang berlaku siang harinya. Ia bukan disebabkan kerana anda bermain dengannya sebelum tidur. Jika pun rasa seronok bermain sebelum tidur itu terbawa-bawa dalam tidur anak, anda akan dapati mengigau itu hanya sekitar anak tersenyum, tergelak atau bercakap pendek dan bukannya menjerit, meracau, menangis dan terjaga ketakutan.

Ini video saya bermain ‘the floor is larva’ dengan anak-anak sebelum tidur. Ia permainan terkini yang kami suka!.

*Boleh cuba aktiviti sebegini bersama anak-anak ya nanti!

Sumber: Baby Language

MASAKAN TERBARU DARIPADA MYRESIPI

CERITA SENSASI DARIPADA BERITA HARIAN

To Top
SKIP THIS AD ×