Hebahan

#PKP: Sesi Persekolahan Bersemuka Hanya Babitkan Calon Peperiksaan, Tadika Dibuka- KPM

12
SHARES

Semalam, Tan Sri Muhyiddin Yassin, Perdana Menteri telah mengumumkan perlaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan buat kali keduanya untuk negara Malaysia. Tindakan ini dilakukan bagi mengekang penularan wabak Covid-19 yang dilihat makin menular dan menjadikan situasi berada di luar kawalan pihak barisan hadapan.

Namun, pengumuman drastik ini juga mengelirukan pelbagai pihak yang ratanya telah melakukan persediaan sekolah untuk anaka-anak. Terutama sekali buat anak-anak yang bakal menduduki peperiksaan besar, perkara ini adalah agak membimbangkan. Oleh itu, ini jawapan yang pihak Kementerian Pendidikan telah keluarkan untuk informasi semua.

Pelaksanaan PKP, Sekolah Bagaimana?

Sesi persekolahan bersemuka hanya babitkan calon peperiksaan SPM,SVM, SKM, STPM,STAM, DVM 2020 dan 2021 serta peperiksaan setara. Calon di asrama yang duduki peperiksaan itu boleh pulang mulai 16 Jan 2021. Murid sekolah rendah dan tingkatan 1-4 ikuti PdPR-KPM

Surat pelepasan khas akan dikeluarkan oleh pihak asrama dan sekolah bagi membolehkan para pelajar merentas negeri atau daerah untuk pulang ke asrama bagi menduduki peperiksaan.

INSTITUSI PENGAJIAN IKUT TAKWIM SENDIRI, TADIKA BEROPERASI

Turut dimaklumkan bahawa pelajar Kolej Matrikulasi yang berada di kawasan PKP perlu kekal di kolej masing-masing dan mengikuti pembelajaran secara online.

Namun begitu, bagi tadika swasta yang telah berdaftar dengan Kementerian boleh terus meneruskan operasi secara bersemuka.

Sumber: @redzuanNewsMPB, KPM

MASAKAN TERBARU DARIPADA MYRESIPI

CERITA SENSASI DARIPADA BERITA HARIAN

To Top
SKIP THIS AD ×