Bagi meningkatkan penularan wabak COVID-19, pelbagai langkah diambil untuk mengawal pergerakan dan menyaring suhu orang ramai di tempat awam.
Terkini, Polis Bantuan KTMB yang menggunakan helmet pengimbas suhu atau ‘smart helmet’ ketika membuat rondaan bagi mengekang penularan wabak Covid-19 menjadi perhatian netizen.
Rata-rata ramai yang teruja dan kagum dengan teknologi yang digunakan tersebut.
Ruangan komen dihujani dengan pelbagai kata-kata positif kepada pihak KTMB dan Polis Bantuan yang terlibat.
Difahamkan helmet pintar ini juga telah digunakan oleh Kerajaan Brunei dalam satu demonstrasi di Masjid Jame’ ‘Asr Hassanil Bolkiah untuk memantau dan menyaring suhu jemaah yang pergi ke masjid sebagai langkah menggantikan pengimbas sedia ada.
Menurut Media Corp, kaedah ini lebih cepat dan dapat mengurangkan kesesakan semasa memasuki masjid, sekali gus memastikan amalan penjarakan sosial dipatuhi.
Topi keledar yang dipakai oleh pegawai bertugas, dapat mengawasi suhu badan manusia ketika mereka sedang bergerak, yang kemudian dipaparkan skrin kecil di sebelah kanan topi keledar itu dan pada skrin komputer riba.
Canggih Kan?
Wah, memang menarik dan canggih betul ‘smart helmet’ ni kan.
Diharap langkah ini sedikit sebanyak membantu mengekang penularan wabak dan sekaligus mengurangkan angka kes COVID-19 yang semakin membimbangkan.
Jadi, apa kata anda?