Setiap negara mempunyai identiti tersendiri untuk menarik kedatangan pelancong, sama ada melalui keindahan alam semula jadi, budaya mahupun makanan tradisional. Namun, slogan pelancongan yang ringkas dan mudah diingati juga memainkan peranan penting dalam memperkenalkan sesebuah negara kepada dunia.
Baca juga: Pasport Malaysia Makin ‘Power’! Naik Ke Tangga Kedua Dunia, Ini Senarai Penuh Top 20
SLOGAN PELANCONGAN ‘MALAYSIA, TRULY ASIA’ JADI PILIHAN NO.1 ASIA GUIDE

Terbaharu, slogan ikonik Malaysia, ‘Malaysia, Truly Asia’, mendapat pengiktirafan daripada platform media pelancongan popular, Asia Guide apabila dipilih sebagai slogan kegemaran utama mereka dalam senarai khas yang menghimpunkan 30 slogan pelancongan dari seluruh dunia.
Pengiktirafan itu sekali gus meletakkan Malaysia di hadapan beberapa negara lain yang turut mempunyai slogan pelancongan tersendiri.
‘Malaysia, Truly Asia’ jadi pilihan utama Asia Guide
Menerusi senarai bertajuk 30 Powerful Tourism Slogans From Around The World, Asia Guide menyenaraikan pelbagai slogan rasmi dan tidak rasmi yang digunakan untuk mempromosikan destinasi pelancongan di seluruh dunia.
Daripada 30 slogan yang dipaparkan, platform berkenaan memilih tiga slogan kegemaran utama mereka, dengan ‘Malaysia, Truly Asia’ menduduki tempat pertama.
Berikut merupakan tiga slogan pilihan Asia Guide:
- Malaysia – “Malaysia, Truly Asia”
- New Zealand – “100% Pure New Zealand”
- Norway – “Powered by Nature”
Pemilihan tersebut memperlihatkan bagaimana slogan yang membawa identiti sesebuah negara mampu meninggalkan kesan tersendiri dalam mempromosikan destinasi kepada pelancong antarabangsa.
Baca juga: Tahniah Malaysia Airlines! Raih Kakitangan Terbaik Asia & Kru Kabin Ke-3 Terbaik Dunia
Thailand, Indonesia dan Singapura turut tersenarai
Selain Malaysia, beberapa negara Asia Tenggara turut mendapat tempat dalam senarai berkenaan menerusi slogan pelancongan masing-masing.
Antaranya ialah Thailand dengan “Amazing Thailand”, Indonesia menerusi “Wonderful Indonesia”, Filipina dengan “Love the Philippines” serta Singapura yang menggunakan slogan “Passion Made Possible”.

Gambar: Asia Guide
Kehadiran beberapa negara serantau dalam senarai itu turut memperlihatkan kepelbagaian pendekatan yang digunakan untuk memperkenalkan tarikan pelancongan masing-masing kepada dunia.
Bagi Malaysia pula, ‘Malaysia, Truly Asia’ membawa gambaran tentang kepelbagaian budaya, masyarakat dan pengalaman yang boleh ditemui dalam sebuah negara.
Tidak hairanlah slogan tersebut terus menjadi antara identiti yang sinonim dengan usaha mempromosikan Malaysia sebagai destinasi pelancongan antarabangsa.
Sumber: Facebook Asia Guide
FT Image: YouTube Malaysia Truly Asia
