Kewangan

Nak Beli Rumah Pertama Tapi Tiada Deposit? Ini Cara Untuk Dapatkan Insentif RM30K Dari Kerajaan

32
SHARES

Buat anda yang ingin memiliki rumah pertama, pasti anda pernah dengar dengan skim perumahan pertama jyang diperuntukkan oleh kerajaan bukan? Skim MyDeposit ini membolehkan anda mendapat insentif sebanyak RM30 ribu untuk membuat deposit rumah pertama! Memang berbaloi dan ini adalah informasi yang anda perlu tahu jika berminat.

INSENTIF RM30K UNTUK RUMAH PERTAMA

Bagi anda yang berusia 21 tahun dan keatas dengan pendapatan antara RM3000 hingga RM15,000 sebulan, layak untuk mendapat bantuan insentif deposit ini.

Melalui MyDeposit, pembeli rumah pertama boleh mendapat sumbangan satu kali sebanyak 10% daripada harga jualan atau maksimum RM30,000 (mana yang lebih rendah). Jumlah ini tidak perlu dibayar balik kerana sumbangan adalah daripada kerajaan.

Timbalan Menteri Kesejahteraan Bandar, Perumahan dan Kerajaan Tempatan, Datuk Halimah Mohamed Sadique mendedahkan bahawa sejumlah 1,469 permohonan telah pun diluluskan dengan bayaran lebih daripada RM39 juta di bawah skim ini.

Untuk pengetahuan anda, permohononan adalah terbuka kepada semua rakyat Malaysia dan anda boleh membuka akaun di https://sprn.kpkt.gov.my/.

Untuk maklumat lanjut mengenai MyDeposit2020, anda boleh layari laman web MyDeposit2020.

Untuk maklumat mengenai MyHome, anda boleh rujuk laman web  https://teduh.kpkt.gov.my/

Sumber: iskandarjerr, Jabatan Perumahan Negara

MASAKAN TERBARU DARIPADA MYRESIPI

CERITA SENSASI DARIPADA BERITA HARIAN

To Top
SKIP THIS AD ×