Hebahan

Pertama Kali Mahu Beli Rumah? Ini Apa Anda Perlu Tahu Tentang Skim FundMyHome

192
SHARES

Di dalam Bajet 2019 yang lepas, kerajaan ada memperkenalkan satu konsep yang menarik. Iaitu konsep di mana rakyat boleh mendapatkan bantuan kewangan untuk membeli rumah melalui kaedah pinjaman terbuka antara rakan setara (peer-to-peer lending). Malahan laman sesawang untuk ini juga sudah ditubuhkan di www.fundmyhome.com. Jadi, buat anda yang pertama kali bakal membeli rumah, ini antara informasi yang anda perlu tahun mengenai skim FundMyHome.

MACAM MANA IA BERFUNGSI?

Di bawah skim ini, pembeli perlu membayar 20% (tunai) untuk membeli rumah tersebut, manakala baki 80% akan dibayar oleh pembiaya. Kemudian pembeli akan boleh duduk di rumah tersebut tanpa perlu membayar 1 sen pun, dan selepas 5 tahun, pembeli diberi dua pilihan (wajib).

1) Menjual rumah tersebut

Jika pembeli memilih untuk menjual harta itu, dia harus meninggalkan harta tersebut dan menyerahkannya pada akhir tahun kelima, atau membayar sewa berdasarkan hasil sewa 5 peratus. Harta ini akan diiklankan sekurang-kurangnya tiga bulan, dan FundMyHome tidak akan menjamin bahawa proses akan mengambil masa kurang dari 3-6 bulan.

Pemilik rumah perlu menanggung semua kos pihak ketiga yang berkaitan dengan jualan, dengan harta yang dijual termasuk dengan perabot dan kelengkapan yang disediakan oleh developer dalam keadaan baik  manakala perabot dan kelengkapan pembeli yang dibeli boleh dikecualikan.

2) Mengambil pinjaman bank untuk membeli semula rumah tersebut pada harga pasaran

Pembeli boleh memilih untuk berada dalam skim FundMyHome selama lima tahun lagi, dengan syarat pembeli dapat menambah wang untuk memenuhi bahagian 20 peratus jika nilai hartanah naik. Bagi pelabur seperti bank, mereka boleh memilih untuk terus menjual atau menjual bahagian 80 peratus kepada institusi lain. Pembeli secara alternatif boleh menggunakan wang sendiri atau mengeluarkan pinjaman bank untuk membeli saham 80 peratus daripada para pelabur.

Via Malay Mail

Dengan kata lain, selepas 5 tahun, pembeli akan ‘melepaskan tangan’ daripada skim ini. Sebarang keuntungan penjualan rumah tersebut akan dikongsi bersama dengan pembiaya.

CONTOH ANTARA PERUMAHAN DI BAWAH SKIM FUNDMYHOME

Jika berminat, untuk maklumat lanjut anda boleh rujuk laman web rasmi www.fundmyhome.com.

MASAKAN TERBARU DARIPADA MYRESIPI

CERITA SENSASI DARIPADA BERITA HARIAN

To Top
SKIP THIS AD ×