Famili

Simpan, Langgan & Menang di MAHA 2024, Lebih 50 Hadiah Termasuk Motosikal Menanti Anda!

32
SHARES

Kredit gambar: Berita Harian & MAHA

Hai pencinta pertanian dan penggemar hadiah, Agrobank ada berita gembira untuk anda!

Sempena MAHA 2024, Agrobank telah melancarkan kempen ‘AgroMAHA Menang Motosikal Setiap Hari’ yang pastinya akan memeriahkan pameran pertanian terbesar ini.

Dirasmikan oleh YB Datuk Seri Muhamad bin Sabu, Menteri Pertanian dan Keterjaminan Makanan dalam Majlis Media Tour MAHA 2024, kempen ini adalah peluang terbaik untuk anda memenangi pelbagai hadiah menarik termasuk 12 buah motosikal dan gajet canggih sepanjang MAHA 2024 berlangsung!

Simpan & Langgan Produk terpilih untuk bawa pulang HADIAH HEBAT di kempen AgroMAHA 2024!

Untuk pengetahuan anda, Kempen AgroMAHA menawarkan lebih 50 hadiah termasuk 12 buah motosikal sebagai hadiah utama dan gajet-gajet menarik seperti tablet, telefon bimbit, jam tangan pintar dan headphone tanpa wayar.

Yang paling best, hadiah-hadiah ini boleh dimenangi setiap hari sepanjang MAHA 2024!

Menurut Presiden/Ketua Pegawai Eksekutif Dato’ Tengku Ahmad Badli Shah Raja Hussin, “Kempen eksklusif AgroMAHA yang dianjurkan sempena pameran pertanian yang berprestij ini bertujuan untuk menggalakkan para pelanggan membina kestabilan kewangan melalui tabiat menabung agar menjamin masa depan yang lebih cerah.”

Untuk menyertai kempen ini, pelanggan-pelanggan Agrobank sama ada yang baru atau sedia ada hanya perlu menyimpan dan melanggan produk-produk terpilih.

Antara produk-produknya adalah AgroPrimaS dan FRIA-i / FRIA-i 45 Plus, Takaful Kasih Plus, Agro Nurani, Agro Madani, Agro Takaful Flexi, Agro Takaful Aspirasi serta Pembiayaan Peribadi AgroCash-i dengan kelulusan segera.

Kad Takaful Kasih Plus Edisi MAHA 2024 untuk perlindungan komprehensif

Selain itu, Agrobank turut memperkenalkan Kad Takaful Kasih Plus Edisi MAHA 2024 yang memudahkan anda mendapat perlindungan tambahan dengan harga serendah RM54 untuk TKP3!

Pelan ini bukan sahaja memberikan perlindungan kesihatan dan keselamatan diri, tetapi juga manfaat tambahan yang menarik seperti perlindungan kecederaan akibat ragut dan caj ambulans.

Kelayakan manfaat tambahan ini terbuka kepada pelanggan yang mendaftar bermula 26 Ogos sehingga 30 September dan ianya terpakai pada penyertaan TKP 3, TKP 4, TKP5 dan TKP6.

Ganjaran wang tunai terkumpul bernilai RM20,000 menanti anda!

Agrobank berkolaborasi dengan PayNet untuk menawarkan ganjaran istimewa iaitu wang tunai terkumpul bernilai RM20,000 untuk para pelanggan yang menggunakan kemudahan DuitNow QR Agrobank semasa membuat sebarang pembayaran di MAHA.

Untuk menyertai, anda perlu mengumpul mata dengan hanya berbelanja minimum RM20 dalam satu transaksi menggunakan DuitNow QR Agrobank. Ianya bertujuan untuk menggalakkan pengunjung menggunakan DuitNow QR Agrobank sebagai transaksi bayaran utama.

Kolaborasi antara Agrobank dan PayNet dalam melancarkan kempen untuk peniaga-peniaga Agrobank di MAHA juga adalah supaya mereka beralih kepada transaksi tanpa tunai dengan memaparkan kod QR Agrobank di kedai.

Bukan itu sahaja, bagi memeriahkan suasana MAHA 2024, Agrobank turut menyediakan pelbagai aktiviti menarik seperti AgroFit, Agro Youth dan aktiviti-aktiviti untuk kanak-kanak.

Jadi bolehlah anda sekeluarga meluangkan masa bersama-sama dan menikmati pengalaman yang menyeronokkan sepanjang MAHA 2024 ini nanti.

Siap boleh menang ganjaran menarik lagi sekiranya anda merupakan 30 pelanggan pertama pada setiap hari yang berjaya melengkapkan kembara AGRO MAHA 2024 bersama Agrobank!

Apa tunggu lagi? Jangan lepaskan peluang untuk menyertai Kempen AgroMAHA Menang Motosikal Setiap Hari dan langgan Kad Takaful Kasih Plus Edisi MAHA 2024.

Untuk maklumat lanjut, layari laman web Agrobank  atau kunjungi cawangan Agrobank berdekatan anda.

MASAKAN TERBARU DARIPADA MYRESIPI

CERITA SENSASI DARIPADA BERITA HARIAN

To Top
SKIP THIS AD ×