Advertorial

Siapa Ada Anak Yang Selalu Susah Nak Buat Keputusan? 5 Tips Ni Mungkin Boleh Bantu Mereka

4.3K
SHARES

Kalau anda tak tau, kanak-kanak pun ada masalah nak buat keputusan setiap hari sama macam orang dewasa! Buntu sama ada nak main game apa, makan apa, tengok kartun yang mana, buku mana lagi best untuk dibaca, nak pakai baju warna apa dan macam-macam lagi lah!

Makin mereka meningkat dewasa, keputusan yang dibuat juga makin besar sehingga membabitkan keluarga, kawan-kawan, sekolah dan negara kelak. Memandangkan mereka masih kecil, kadangkala kanak-kanak tidak tahu keputusan yang mereka buat tu baik atau sebaliknya… Justeru, ibu bapa perlu membantu mereka!

Haa, kali ini kami kongsikan 5 cara berguna untuk anda sebagai ibu bapa dalam membangunkan kemahiran membuat keputusan yang terbaik untuk kanak-kanak…

1. Bagi mereka peluang untuk cuba membuat pilihan

Dengan memberi kanak-kanak peluang untuk membuat pilihan, ia membantu membina rasa tanggungjawab dan kemahiran membuat keputusan. Paling penting, keputusan itu datang dari mereka sendiri. Sebagai ibu bapa, sediakan pilihan yang mana anda senang hati walau apa saja keputusan yang dibuat mereka…

Cuba tunjukkan minat dalam setiap pilihan yang mereka lakukan kerana ia dapat membantu menguatkan bahawa anda melihat keputusan mereka itu sebagai sesuatu yang penting di mata anda.

2. Cakap mengenai keputusan yang patut dibuat sehari-hari

Cuba babitkan kanak-kanak ketika anda membuat keputusan sehari-hari. Contohnya, “Papa patut pergi bersukan atau pergi kelas muzik? Adam rasa yang mana patut papa buat?” Kongsikan dengan mereka kelebihan dan kekurangan setiap cadangan supaya anak-anak boleh belajar menilai pilihan berbeza…

3. Sokong kanak-kanak ketika membuat keputusan dengan langkah ini

Ketika kanak-kanak membina kemahiran berfikir untuk membuat pilihan terbaik, ajar mereka langkah membuat keputusan ini dan tunjukkan kepada mereka kepentingan setiap satu darinya:

  • Kenalpasti apa keputusan yang nak dibuat
  • Fikirkan pilihan lain yang ada
  • Nilai setiap pilihan dan pilihan mana yang terbaik
  • Cuba apply pilihan anda dalam tindakan dan teliti sama ada ia berkesan atau sebaliknya

4. Tanya soalan yang sebenarnya menerangkan keputusan bijak

Bertanya soalan terbuka yang mampu membuatkan kanak-kanak berfikir secara mendalam tentang sebab mengapa mereka memilih pilihan tertentu membantu mereka supaya belajar menilai pilihan dan berfikir apa akibatnya. Antara soalan bagus, “Apa yang Ahmad suka tentang itu?” dan “Apa yang membuatkan ini adalah pilihan terbaik?”.

5. Galakkan kanak-kanak untuk menetapkan matlamat yang boleh dicapai

Menetapkan matlamat mereka untuk berusaha mencapainya menggalakkan kanak-kanak supaya mampu merancang dan berfikir jauh ke hadapan. Ia membantu mereka memahami kaitan antara membuat keputusan dan mengambil tindakan.

Penting bahawa matlamat yang ditetapkan boleh dicapai dan bakal memberi motivasi buat anak. Tambahan pula, langkah yang diperlukan untuk mencapai matlamat haruslah jelas, telus dan mudah untuk dikendalikan kanak-kanak. Memberi pujian dan penghargaan untuk setiap kemajuan kecil mampu menyokong kanak-kanak untuk mencapai matlamat.

Membuat keputusan yang bijak penting kerana…

Pilihan Raya Umum Ke-14 tidak lama saja lagi, jadi mendidik anak-anak supaya membuat pilihan bijak dalam Pilihan Raya pada masa akan datang penting untuk masa depan negara. Biarpun mereka masih kecil, didikan untuk turun padang supaya membuang undi sangat perlu memandangkan ia tanggungjawab menjadi rakyat Malaysia…

Bagaimana nak tanam rasa tanggungjawab dalam diri anak-anak supaya turun mengundi kelak?

1. Fahami konsep undi dengan mengadakan games mengundi di antara keluarga
Memandangkan mereka masih kecil, mustahil mereka faham apa itu undi apatah lagi Pilihan Raya. Terangkan dulu konsep mengundi dengan membuat undian contohnya nak makan apa hari itu, setiap undian di masukkan ke dalam kotak. Mudah bukan?

2. Kongsi serba sedikit kelebihan jika mereka turun mengundi dan sebaliknya jika terus lepas tangan pada masa hadapan
Mereka mungkin ada melalui detik di sekolah di mana ada undian dilakukan dan mereka tidak sukakan calon yang menang itu. Bila ditanya, anak langsung tidak mengundi siapa-siapa. Justeru, kongsikan dengan mereka apa keburukan sekiranya kita tidak mengundi, ia bakal memberi kesan pada masa hadapan…

3. Sekali sekala, ikuti kempen atau aktiviti dianjurkan Suruhanjaya Pilihan Raya Malaysia (SPR) dan bawa anak
Sedikit sebanyak, mereka secara perlahan akan memahami mengapa mereka perlu mengundi dan rajin-rajinlah bercerita dengan mereka mengenai Pilihan Raya sepanjang meningkat dewasa…

Mudah bukan? Cuba amalkan panduan di atas supaya anak-anak bijak memilih pilihan tepat dalam setiap keputusan yang dilakukan. Malah, ia boleh mengajar mereka supaya membuat pilihan tepat dalam Pilihan Raya pada masa akan datang!

Jom ramai-ramai mengundi!

MASAKAN TERBARU DARIPADA MYRESIPI

CERITA SENSASI DARIPADA BERITA HARIAN

To Top
SKIP THIS AD ×