Hebahan

Shopee Menyediakan RM1 Juta Untuk Menyokong ‘Mompreneurs’

1
SHARES

????????????????????????????????????

Shopee melancarkan program keusahawanan serentak dengan lanjutan Program Penghantaran Percuma Shopee dan Cabaran Ibu Hebat Shopee

Dilancarkan pada Disember 2015, Shopee merupakan pasar e-dagang bagi pelanggan-ke-pelanggan, untuk individu dan perniagaan, untuk membeli dan menjual dengan selamat menggunakan telefon pintar.

Bagi memberi kuasa kepada ibu-ibu untuk menjadi pemilik perniagaan (atau dikenali sebagai Mompreneurs), Shopee telah menyediakan RM1 juta bagi Mompreneurs  Malaysia. Sebagai langkah pertama, Shopee akan melanjutkan Program Penghantaran Percuma ke bulan Julai bagi menggalakkan Mompreneurs  mengembangkan perniagaan mereka. Di samping itu, Shopee juga akan meluangkan masa, usaha dan dana bagi mendidik Mompreneurs  mengenai e-dagang menerusi Universiti Shopee, dan kempen pemasaran dalam talian dan luar talian bagi membantu Mompreneurs mula menjual di Shopee.

????????????????????????????????????

Shopee dengan lebih 1 juta pengguna di Malaysia, hari ini mengumumkan bahawa sejak pelancaran Program Penghantaran Percuma dengan kolaborasi bersama-sama Poslaju Malaysia, lebih daripada 20,000 penjual telah menyertainya. Kebanyakan penjual yang menyertai program ini telah melihat peningkatan jualan sebanyak dua ke tiga kali ganda, malah ada yang sehingga sepuluh kali ganda.

Pemilik Cocaby, Alya Essya, salah seorang Mompreneur  berkata, “Terima kasih kepada Shopee, saya boleh manjaga anak saya sambal membuat pendapatan tambahan. Dengan pelancaran Program Penghantaran Percuma Shopee, perniagaan saya telah berkembang ke pasaran Malaysia Timur dan saya dilantik sebagai pengedar tunggal Holabebe.”

Shopee - Ian Ho

Terkesan dengan peningkatan tersebut, Shopee berhasrat semua usahawan menjadi lebih Berjaya, maka Shopee telah membuat keputusan untuk menyediakan RM1 juta bagi menyokong Mompreneurs. Ian Ho, Pengarah Urusan Serantau Shopee berkata, “Terdapat 3 kekangan yang dihadapi Mompreneurs untuk memulakan perniagaan dalam talian – kos yang tinggi, kurang ilmu di dalam menjual dalam talian dan kurang pendedahan pemasaran. Dengan Program Penghantaran Percuma dilanjutkan, Universiti Shopee dan usaha pemasaran yang ditingkatkan, kami menyasarkan untuk melahirkan 10,000 Mompreneurs baru untuk mula menjual di Shopee sehingga hujung tahun ini.

Bagi menginjak inisiatif ini, Shopee akan melancarkan Cabaran Ibu Hebat Shopee dengan 20 Mompreneurs pertama yang akan dimasukkan ke Universiti Shopee dan bersaing sesame mereka untuk menjadi penjual terbaik Shopee. Hadiah wang tunai akan diberikan kepada pemenang bagi mengembangkan perniagaan mereka.

Sejajar dengan usaha berterusan Shopee untuk memperkasakan komuniti, para peserta Cabaran Ibu Hebat Shopee akan melibatkan Mompreneurs dari Women’s Aid Organisation (WAO), sebuah organisasi bukan berasaskan keuntungan di Malaysia.

????????????????????????????????????

Mengumumkan Cabaran Ibu Hebat Shopee di majlis Buka Puasa Shopee bersama media dan rakan-rakan, Ian Ho, Pengarah Urusan Serantau Shopee menambah, “Kami komited bagi memperkasakan usahawan dari segenap lapisan kehidupan untuk lebih berjaya. Kami berharap kolaborasi bersama-sama dengan WAO akan menunjukkan kepada semua orang yang sesiapa sahaja boleh menjadi seorang usahawan di Shopee, dan kami akan membekalkan sokongan, pendidikan dan dana untuk membantu mereka berjaya.”

Shopee boleh dimuat turun secara percuma bagi semua platform melalui Apple App Store and Google Play Store.

MASAKAN TERBARU DARIPADA MYRESIPI

CERITA SENSASI DARIPADA BERITA HARIAN

To Top
SKIP THIS AD ×