Kini Trending

Seronoknya Shopping Raya Sambil Jana Pendapatan Dengan GM Klang!

3
SHARES

Menjelang bulan Ramadhan mesti ramai yang dah merancang nak buat persiapan untuk raya betul tak? Takut nanti dah mula berpuasa tak larat nak beriya sangat shopping kan?.

Buat anda yang dah mula tercari-cari tempat untuk shopping raya tu, apa kata anda terus je ke GM Klang. Di sana tersedia pelbagai kelengkapan raya untuk rumah sampailah ke baju sedondon untuk anda sekeluarga, serba lengkap!

GM Klang tawar kelengkapan raya dengan harga berpatutan

Nak cari perhiasan rumah? Balang kuih? Tudung dan baju raya? Semuanya ada di GM Klang! Mudah kan? Hanya satu tempat namun tersedia kesemua keperluan raya yang mencukupi di bawah satu bumbung.

Bawak je semua ahli keluarga anda ke sini, gerenti mereka tak akan pulang dengan tangan kosong!

Pasal harga pun anda tak perlu risau sebab barangan di GM Klang dijamin murah dan berbaloi. Lagi banyak anda beli maka lebih banyak penjimatan menanti anda!

Di GM Klang pembelian dalam kuantiti banyak akan dikira mengikut ‘harga borong’.

Jadi, kalau anda shopping dengan adik-beradik, saudara-mara atau kawan-kawan lagi untung sebab anda akan dapat harga yang jauh lebih rendah berbanding harga jualan biasa.

Haa.. Jimat kan? Tak perlu dah anda nak berhabis sampai ribuan ringgit untuk raya. Di GM Klang semua orang boleh bergaya sakan raya ini tanpa perlu berbelanja besar.

Boleh jana pendapatan sampingan!

Tapi alang-alang anda dah beli banyak tu, apa kata terus je buat meniaga sekali. Bolehlah anda jana pendapatan sampingan untuk raya nanti!

Haa.. Bukan je dapat baju raya cantik, tapi siap boleh buat ‘duit tepi’ tau. Untung gila!

Pasal barangan jualan, anda memang tak perlu risau kerana GM Klang menawarkan pelbagai barangan menarik untuk anda pasarkan semula termasuklah perhiasan rumah, fesyen, aksesori. cadar, karpet. langsir, kuih raya, kerepek dan macam-macam lagi.

Modal meniaga pun rendah je dengan adanya GM Klang, memudahkan anda yang baru berjinak-jinak dalam bidang perniagaan.

Nak lagi senang, anda join je ‘Komuniti Bisnes GM Klang’ dengan memuat turun aplikasi mereka di Google Play dan App Store. Banyak kelebihan yang anda akan dapat sebagai pelanggan GM Klang menerusi aplikasi mereka!

Jadi, tunggu apa lagi? Jom ke GM Klang untuk borong barang keperluan raya dan perniagaan anda!

Untuk maklumat lanjut, anda boleh layari laman web rasmi GM Klang di SINI atau ikuti Facebook mereka di SINI.

MASAKAN TERBARU DARIPADA MYRESIPI

CERITA SENSASI DARIPADA BERITA HARIAN

To Top
SKIP THIS AD ×