Advertorial

“Serasikah Susu Ini Dengan Anak Saya?” – 3 Ibu Kongsi Dilema & Tips Pilih Susu Tepung Rumusan Kanak-Kanak

822
SHARES

Memilih susu tepung rumusan untuk kanak-kanak pastinya bukan perkara mudah. Tidak kiralah apa sebabnya, kami yakin ibu bapa pastinya sukar membuat pilihan untuk memastikan susu tepung yang diberikan adalah yang sesuai untuk anak anda.

Ikuti kisah 3 ibu muda yang berkongsi dilema dan tips bagaimana mereka memilih susu tepung rumusan untuk kanak-kanak. Mungkin kisah mereka boleh membantu anda membuat keputusan memilih susu tepung yang anak anda perlukan.

Pilih susu mengikut nutrisi yang diperlukan- Ain Samraa

“Saya tidak kisah harga susu, yang penting susu itu dapat membekalkan nutrisi yang anak saya perlukan.”

Bagi Ain Samraa, perkara pertama yang dititik beratkan ketika memilih susu tepung untuk kanak-kanak ialah nutrisi yang dibekalkan. Baginya, susu tepung yang bagus haruslah mempunyai nutrisi yang diperlukan seperti zat besi, lemak dan protein yang seimbang bagi membantu menyokong tumbesaran anaknya.

Susu tepung yang baik tidak semestinya mahal kerana banyak syarikat pengeluar susu rumusan kanak-kanak kini menawarkan harga yang berpatutan untuk pengguna membeli susu rumusan yang mengandungi nutrien penting untuk anak anda.

Saya pilih susu tepung kanak-kanak yang mengandungi DHA & prebiotik- Noraniza

Terdapat juga ibu bapa yang memilih kandungan tertentu untuk susu tepung rumusan untuk kanak-kanak. Seperti Noraniza, dia memilih susu yang mempunyai kandungan spesifik seperti DHA dan prebiotik (membantu penghadaman).

Sebelum membeli susu tepung untuk kanak-kanak, dia akan memastikan kandungan susu yang dipilih mempunyai nutrien yang diinginkan.

“Ada pelbagai jenis susu di pasaran, sebelum membeli saya akan membeli mengikut nutrien yang saya inginkan untuk anak saya.”

Senang nak dapat dan serasi dengan anak- Hanis

Tak semua kanak-kanak mudah serasi dengan susu tepung rumusan untuk kanak-kanak yang diberikan. Disebabkan itu, Hanis akan memastikan susu yang diberikan tidak mengganggu sistem penghadaman anaknya. Ini kerana kanak-kanak masih lagi memerlukan sumber nutrisi tambahan bagi membantu proses pencernaan mereka.

Jika anak menunjukkan reaksi seperti sukar membuang air besar atau kerap meragam kerana perut tidak selesa selepas minum susu, ibu bapa digalakkan merujuk kepada doktor untuk maklumat lanjut.

“Bagi saya semua susu yang dijual dipasaran pastinya ada kelebihan tersendiri. Sebelum memberikan susu untuk jangka masa yang panjang, saya akan gunakan teknik pilih dan pantau untuk memastikan keserasian.”

Perkembangan sosial atau pembelajaran mana lebih penting? Ikuti pendapat pakar dalam perkara ini

Menurut pakar, pekembangan sosial dan emosi yang positif adalah sangat penting pada peringkat awal kanak-kanak.  Ini kerana pengalaman semasa peringkat awal kanak-kanak menjadi penghubung kepada kesihatan mental pada usia remaja dan dewasa.

Terdapat ibu bapa yang terlalu menekankan pembelajaran daripada peringkat awal, di mana terdapat kanak-kanak yang tidak bersedia untuk menyerap semuanya. Jadi sebagai ibu bapa pastikan anak anda disokong dengan perkembangan penting supaya mereka dapat membesar dengan baik.

Berikan Anmum Essential Gold dengan nutrisi penting untuk membantu menyokong 8 perkembangan penting anak anda!

Setiap ibu pastinya mahukan yang terbaik untuk perkembangan anak mereka. Lebih-lebih lagi menerusi tinjauan terbaru yang dilakukan Anmum Essential (diantara lebih  300 ibu di Malaysia dengan anak-anak 1 hingga 6 tahun), 9 dari 10 ibu berkata: selain kemampuan belajar, mereka mahukan sokongan tambahan untuk pertumbuhan dan perkembangan anak-anak.

Memahami dilema yang dihadapi oleh ibu masa kini, Anmum Essential Gold terbaru telah diformulasikan dengan nutrien penting bagi membantu menyokong 8 perkembangan penting kanak-kanak dan sesuai untuk kanak-kanak berumur satu hingga enam tahun.

Dengan 33% lebih banyak DHA*, MFGM + Gangliosida (GA), prebiotik dan 15 nutrien penting, anak anda akan mendapat nutrisi yang diperlukan untuk menyokong tumbesaran dan perkembangan. Ini meliputi pertumbuhan fizikal, persekitaran usus yang baik untuk menyerap nutrien yang diperlukan, daya tahan tubuh, untuk membantu perkembangan kognitif termasuk kemampuan belajar, perkembangan mata yang menyokong kemampuan belajar dan fokus, perkembangan sosial dan emosi.

Sokonglah anak anda dengan memberikan mereka Anmum Essential Gold, yang dirumus secara saintifik untuk membantu perkembangan yang menyeluruh. Anmum Essential Gold boleh didapati di pasar raya besar di seluruh negara atau platform e-dagang. Untuk maklumat lebih lanjut, layari Facebook atau laman web Anmum Essential.

 *berbanding Anmum Essential terkini dalam satu hidangan

MASAKAN TERBARU DARIPADA MYRESIPI

CERITA SENSASI DARIPADA BERITA HARIAN

To Top
SKIP THIS AD ×